Ahad, Januari 02, 2011

[001] Memento: Tahun 2005. Julai - September.

#. Julai dan Ogos.

Inilah cerita bagaimana ianya bermula, tahun 2005. Di INTEC, selepas matrikulasi. Memang terasa itu adalah heaven. Belajar tapi banyak berhibur. Sampaikan pelbagai kuiz dan peperiksaan aku buat main-main atas sebab aku dah tahu aku akan fly tak lama lagi.

Mulanya, aku diomok-omok oleh guru bahasa Korea aku. Andaikata aku tak lepas ujian bahasa Korea aku takkan dapat pergi Korea. Tapi nasib baik, aku lepak kat bilik pensyarah yang jaga program Korea ini dah cakap, yang aku pasti akan perginya. Exam itu sebagai pelengkap syarat. Hoho.

20050725

Ujian aku dapat memang cukup-cukup makan - tak study langsung. Memang tak ingat apa. Siang hari di Shah Alam, malam hari di bandar lain. Duduk bilik meronggeng dengan Fazlan a.k.a Guo dengan lagu dangdut di bilik sehingga ada tabligh datang. Cerita di INTEC terlalu banyak. Kena sound dengan pelajar GMI sebab bising giler. 2 bulan di INTEC itu lah mula kenal-kenal watak yang akan aku sentiasa bersama untuk tempoh 5 tahun akan datang. Cerita di INTEC terlalu giler.

Kes kena kejar pak guard di Maybank, pergi GIANT pakai kain pelikat kononnya cabaran la. Jadi penari, main lagu HUG oleh DBSK dengan penutup sampah. Berlakon jadi Phua Chu Kang oleh Xiang Xing. Cerita pemandu bas INTEC kena buang - cerita mitos budak batch aku. Paling legend adalah kes gaduh tepi Cyber Cafe - Muhaimin kena tampal plaster kat misai. Cerita ini muncul semula musim panas 2010 dengan versi lengkap tanpa episod mengarut. Akhirnya aku tahu siapa yang tampal plaster pada Muhaimin - tahu selepas tempoh panjang 5 tahun.

Cubaan pergi makan makanan Korea di Ampang pun dilakukan bersama son-seng-nim. Itu kali pertama aku makan kimchi tanpa nasi. Masa itu aku tertipu. Tiap-tiap hari aku dikhabarkan kimchi adalah pedas. Tapi tidak. Sebabkan ianya masam-masam, aku bedal.

Dan, 3 hari duduk rumah akhirnya aku fly. Ini bukan kali pertama, tapi kali pertama naik bersama 40 orang yang aku kenal.

Pergi ke Kimchi Land yang mengamal cakap seperti begini - annyong haseyo!


#. September.

Selepas selesai masalah penempatan campur orientasi yang c#####, bolehlah adaptasi kehidupan disini. Memang tiap-tiap hari ada je benda baru nak buat. Sekejap pergi makan kedai itu, kedai ini. Praktis beli sayur, beli aiskrim. Semata-mata nak ceburkan diri dengan vocabulary yang baru dan budaya disini.

Paling terkejut adalah masa beli ikan - tak kira kilo. Contoh harga seekor ikan 2000 Won, tak kisah kalau saiz ikan itu besar atau kecil. Memang seronok ketika beli ikan dan sotong. Sotong kalau disebut dikhalayak Korean yang ramai, pasti akan menjadi kata yang lucu - sebabnya sotong bermaksud 'tahi lembu'.

Tiap-tiap hari kitaran hidup adalah sekolah dan rumah serta beberapa tempat baru nak ekplorasi. Jarak perjalanan rumah ke sekolah memang jauh. Seoul National University ke Oryo Dong memakan sejam. Sesak pagi-pagi cium ketiak orang itu benda biasa. Bergasak dan bergesel-gesel, lagilah.

Son-seng-nim bahasa aku ajak pergi melawat Namsangol. Kawasan rumah-rumah Korea. Ini aktiviti pertama jalan beramai-ramai ke satu tempat.






20050920-01

20050920-02


Muka kami semua begitu suci murni untuk mengenal budaya lain. Umur masih belasan tahun. Proses belajar bahasa Korea setiap hari belum cukup mahir. Sebab itu kena keluar selalu. Setiap hari kelas dari pukul 9 sampai 1, selebihnya - lepak dan jalan-jalan. Kerja rumah itu ada, tapi boleh siap dalam masa sejam. Kerja rumah aku selalu cincai je, sebab ianya bahasa. Boleh berlaku kemungkinan yang banyak.

Masa ini aku kerap main Friendster, bukan usha awek tapi blog. Rasa seronok baca blog perempuan. Rasa macam aku nak buat satu gak, menggunakan domain Friendster.

Aku nak wujudkan satu nama pelik untuk blog aku, macam Bootylicious oleh Beyonce. Aku mulakan dengan nama Spiralswirl. Lepas beberapa ketika aku temui nama yang tercipta sebab tersalah ENTER - dari nama bunga dandelion yang aku jumpa di pemain Windows Media Player menjadi 'dandelinoid'.

20050922

Tapi, sebulan sekali aku update blog.

Sebab aku banyak berjalan dan tiada komputer. Serius, zaman aku tak ada komputer, TV dan PS2 lebih bermakna. Ya, lebih berharga. No technology, life is fun, dude.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...