Khamis, Disember 30, 2010

Idea menulis blog untuk 'Azam Baru'.

Sejuk. Salji. Sleepy.

Memang tak ada idea nak menulis entri, walaupun penuh kegembiraan Malaysia menang tadi. Kalau aku buat entri pasal bola, korang pun bosan nak baca. Penuh isu bola malam ini.




New Year Project 2011.

Kad aku memang warna-warni kan? Siapa nak poskad  dari Korea, sila alamatkan email ke:
dandelinoid@gmail.com

...dengan segera sebelum habisnya bulan Januari.


Bila menyifatkan tahun dua ribu sepuluh, aku cuba ingin katakan ianya adalah - penuh warna-warni. Warna-warna bukannya sepanjang masa itu penuh kegembiraan. Rasa nak marah pun ada, mencarut, menendang vending machine dan sebagainya.

Aku cuba ringkaskan apa yang berlaku, untuk mencetus idea menulis blog malam ini; tapi tidak bias ke isu bola sepak atau isu lucah-lucah.

#. Masuk lab.
Permulaan aku jadi pelajar yang penuh dinamik. Tahap stress yang super-duper.

#. Main bola pada kebanyakan masa.
Disebabkan budak-budak junior yang datang kesini banyak kaki bola, kekerapan main bola tinggi. Aku jumpa satu position main bola yang paling aku tak suka sebelum ini.

#. Lagu Romanza.
Ehem. Lagu penuh ekspresi jiwang.

#. Kelas berenang.
Dari 'zero' nak mengapung diri, dan boleh 200 meter tanpa berhenti. Aku suka aktiviti basah sekarang.

#. Belajar asas ekonomi.
Ada 3 buku aku beli, belajar semula asas ekonomi. Terutama pelaburan.

#. Trip kereta Seoul-Ulsan.
Benda paling bahaya adalah mengantuk. Pengalaman jadi penunjuk jalan di Seoul dan highway Utara-Selatan, memang berbaloi.

#. Trip Beijing.
Jangan percayakan TV. Baru faham kenapa agak begitu horror melancong ke China.

#. Re-ignite kembali ke bidang kamera amatur.
Cuba mencari ilham menembak, dimulai dengan melihat pelbagai majalah fesyen.

#. Menulis 180 kad ucapan.
Sila lihat gambar. Usaha terakhir aku nak buat orang kagum seketika, kononnya la.

#. Mula mengenal kembali apa itu tanggungjawab.
Aku dalam keadaan despresi bila terpaksa buat pilihan untuk orang lain, dan ianya amat penting. Kenapa aku?

#. Melompat tali.
Terasa nak ketawa aku tak reti skipping awal-awal. Sekarang dah boleh!

#. World Cup 2010.
Banyak aktiviti giler aku buat, highlight: pakai baju Argentina masa perlawanan Argentina menentang Korea Selatan. Hampir bergaduh.

#. Mula keluar date dengan Korean-gurl.
Ini hajat ingin aku tahu, alang-alang berada disini. Korek pengalaman.

...dan macam-macam lagi.

Payah nak list-kan semua. Rasa bosan menaip blog.

Rasa lapar sejuk di Seoul. Nak makan je!

PS: Belakang aku, seorang sedang telefon. 2 orang tengah baring kelaparan sambil rasa lonely dengar perbualan orang. Seorang lagi tengah chatting.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Nadia berkata...

hehehehe..tahniah kerana mencipta kelainan..yg pasti akan dihargai org lain....

ako nak jugakkkkkkkkkk..~!!!

Judiene berkata...

Aku nak poskad dari Seoul boleh??
Serius neh!
Please please please..

:P

azeyra berkata...

Nak jugak...boleh???

DandelinoiD berkata...

to azeyra...
sila alamatkan email.

tikah berkata...

seyes nak sangat2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...