Sabtu, Disember 25, 2010

Kenapa Santa sumbat hadiah dalam stoking?

Balik-balik bila bab brainstorming nak tulis karangan bahasa Melayu, mesti ada benda ini:

Budaya kuning/Barat atau gejala buruk di TV perlu dihindari.

Aku adalah di bawah pengaruh TV yang menayangkan cerita-cerita Santa Klaus. Masa kecil aku sering terfikir, bila Krismas, Santa Klaus datang bagi hadiah setiap rumah. Dia pakai baju winter kaler merah, sebab sejuk plak nak drive kereta rusa kat langit.

Datang tiap-tiap rumah, sumbat hadiah dalam stoking.


Lompat 01

Lompat 02


Sebab apa?

#1. Sebab hadiah orang bagi tak elok letak atas lantai?
#2. Stoking itu kecil, jimat kos bagi hadiah kecil-kecil.
#3. Cari sendiri.

Tahap mengarut aku dah terlampau tinggi. Aku perlu jumpa kebanyakan manusia dari terperap kesejukan di bilik.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

nil berkata...

sbb boleh bubuh byk hadiah dlm stokin.

Is berkata...

aku dah kenakan santa dengan gantungkan stokin busuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...