Khamis, Disember 23, 2010

Merindui zaman jadi pelajar undergraduate.

Bangun pagi, memulakan rutin biasa.

Sarapan, baca itu ini, pergi ke kelas, makan tengahari, kelas, buat report, siapkan homework, tidur petang, main bola kejap, tak pun pergi berenang, kelas malam, buat homework, baca note untuk esok, tidur.

Esoknya, akan begitu juga.

Tapi...hari ini aku bangun. Sampai part sarapan itu dan berhenti. Aku tengok tingkap. Ada burung. Tengok bawah, ada orang jalan laju. Sejuk sangat barangkali. Tengok buku, memang tak ada mood nak baca langsung. Aku habiskan pagi aku dengan - Melihat dan Berkhayal.



Rindu.

Aku merindui zaman belajar, selepas beberapa hari. Haha. Gurau.


Begitu juga yang berlaku lepas habisnya SPM.

Aku asyik membongkang je kat rumah beberapa minggu. Sampai aku fed-up duduk rumah, aku keluar. Mula-mula, range aku kecil je. Rumah makcik aku kat belakang. Lepas itu kebun dan kandang kambing 400 meter. Tambah sikit, hantar pulang adik aku ke sekolah.

Akhirnya, aku cakap kat mak aku: Nak cari kerja.

Itu pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Masa itu aku dapat tawaran masuk ke universiti, aku tolak sebab aku kata: "Nak rehat dari tengok buku,". Aku pernah kata, aku pernah buat keputusan yang mengecewakan orang. Orang itu adalah mak aku sendiri, sebab mungkin dia eksited nak tengok anak dia masuk universiti. Mungkin.

Masa zaman aku kerja budak ofis ni, aku didedahkan dengan pelbagai idea kehidupan - kesemuanya benda yang asing. Lagi satu, aku banyak habiskan masa dalam sekolah. Semuanya kehidupan asrama. Tak berkembang.

Aku juga dapat pegang program AutoCAD seawal umur aku 18 tahun, berbanding kawan sebaya aku: tahun pertama pembelajaran. Selepas beberapa bulan, surat tawaran matrikulasi datang. Ketika aku, hati aku dah bersedia untuk belajar semula.

Masa itu, ada orang cakap kenapa aku begitu bodoh tolak tawaran universiti, dan masuk matrikulasi.

Apa yang aku buat setakat ini, semuanya tentang aku suka dan bahagia melakukannya.

Macam aku masuk universiti sekarang, kenapa aku tak masuk je universiti top-ranking dunia: Korea University atau Hanyang University. Tapi hanya university yang tak lawa mana, tak besar mana terceruk di salah satu bandar industri Korea.

Aku amat merindui zaman ini.
Masakan, aku boleh berfikir ke tahap penuh ke-gampangan ini. Semua kata-kata aku di atas adalah nonsense.

PS: Rindu selepas beberapa hari, gilo-apo?

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

`Ammar Muhd berkata...

copy&paste from my sister's comment:
hmmm…once u started working, u wont have lots of time to spend wasting…either its bcos u have to wake up early to get to work like Abg Z, n arrived home late dt traffic jams etc and already exhasuted to spend time doing other things that is not a necessity like eating, praying, reading paper etc…if u had a wife or staying with ur family, dnt have to worry bout finding foods…if not, have to think wt to eat tonite…
my boss fave phrase ” jika awak dtg keja pun dah lelah(letih) kerja awak pun takkan dpt bg 100%komitemn sb smpi pjbt ja pun awak dah lelah”…

so enjoy doing nothing ms study….hahah u will missed all those free time doing nothing…like reading books without interupptions and responsibilities….sigh…


:)

Is berkata...

aku sampai sekarang tak pernah guna s/ware Autocad walaupun s/ware tu bukan dalam bidang aku tapi aku minat nak guna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...