Sabtu, Disember 18, 2010

Bersedia untuk peperiksaan adalah memoir paling manis.

Aku jamin pembaca blog ini, pernah mempunyai peristiwa lucah lucu bila hendak menjelang peperiksaan: tak kisah ianya adalah kecil atau besar, UPSR, PMR atau SPM. Duduk stadi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan kononnya, ada episod kelakar yang mampu dipetik semua bila 10 atau 5 tahun selepas itu duduk bersama di meja kopi.

Memang lumrah kawan-kawan aku akan mencarut dan bermadah puitis dengan perasaan: perasaan sedang belajar.

"Fuck la exam, pening kepala aku!"
"Bullshit, tak dapat jawab. Esok ada paper lagi!"

Berbentuk Islamik, mula-mula mengutuk profesor yang bagi soalan begitu susah dan diakhiri dengan 'Ya Allah, bantu lah hamba ini jawab exam esok'. Dari mendokumentasikan susah/senang nya bersedia untuk jawab exam, aku lebih suka enjoy dengan berusaha dan bertawakal.

Sebab aku diajar, tawakal tanpa usaha memang tiada gunanya.

Aku enjoy tahap cipan guling-guling 2 minggu ini. Aku akui, ianya menyeksa mental dan jiwa. Tekanan itu biasa, apatah lagi ianya dah tahap nak give-up. Aku tak boleh belajar dalam keadaan tensi: semua senyap. Aku perlukan ruang sembang kecil. Itu yang berlaku minggu ini (dan masa silam).

Please, ini petua aku stadi. Jangan amalkan kalau hendak jadi genius seperti Albert Einstein.

Kisah-kisah yang berlaku seminggu ini:

#. Jason De 'Ruler'.
Setiap hari aku akan pasang lagu ini - tak kira di iPod atau di komputer. Tak pasang pun tak apa, sebab rumet aku akan nyanyi bila turun dari katil, "Jason De Ru-Le". Aku amati lagi ini ter-sangat catchy oleh suara RNB. Kali terakhir aku rasa lagu itu begitu sedap adalah lagu Justin Bieber - Baby. Apa-apa pun, aku dah delete lagu tersebut dari playlist. Dengar lagu berulang-ulang boleh mengundang pasrah. Aktiviti gubah lagu akan terjadi seperti: Adib The Eraser, Adib The Pencil, Adib The Sharpener. Maaf, kalau tak lawak.

#. Lawak lucah.
Sekali lagi ianya berkaitan dengan alat tulis. Sebenarnya ini lawak lucah dulu-dulu masa kat bangku sekolah. Pasal kemaluan lelaki, dalam bahasa Inggerisnya - Penis. Cerita lawak ini muncul semula bila ada tersasul speaking sesama bangsa.

'Pen, please,'
'Ur pen?'
'Yaa!'
'Describe ur pen' (ketawa kecil-kecil)
'Describe?'
'Cuba kau baca ini?' - Ditunjukkan ayat yang baru ditulis laju-laju. "My pen is small,"
'Ok, aku baca. My-Pen-Is-Small,'
'Baca laju-laju.'
'My pen is small, my pen is small (lepas laju-laju), my penis small,'

Satu bilik pecah dengan suara ketawa. Maaf, kalau tak lawak.

#. Makan rameyon dengan pensil.
Dah lama aku tak memiliki pensil kayu, yang bila pendek kena sharp dengan sharpener. Itu antara sebab aku lebih menggemari pensil mekanikal - ianya mesti jenama PILOT. Lain aku agak gelisah nak menulis. Memang agak geek, sambil makan sembang pasal subjek belajar.

Baru-baru ini aku dihadiahi oleh seorang wanita, dengan pensil kayu. Kat pensel itu tertulis - Ulsan Music Festival. Aku diajak, tapi aku tak pergi atas sebab, tak best line-up walaupun ada artis Akasha dari Malaysia. Itu cerita dapat pensel itu. Aku makan rameyon, aku letak chopstick kayu atas cup tersebut. Tapi nak jadi cerita, aku letak atas meja sebab aku amat yakin meja workspace aku amat suci, sebab selalu aku kemas.

Masa nak makan, aku jolok-jolok rameyon aku dengan batang chopstick. Lepas itu suap 2-3 kali. Aku sedar batang chopstick ini menjolok lidah aku dengan agak tajam. 'Apa pasal chopstick ini begitu tajam?'. Aku keluarkan dari mulut...dan lihat, ianya sebatang pensil dan sebatang chopstick. Bukan 2 batang chopstick. Maaf, tak gelikan korang kan?

#. Mengigau bukan dalam bahasa ibunda, tapi bahasa asing.
Biasalah dengan anak Melayu mengigau bahasa Melayu.

Aku salahkan format peperiksaan. Sebab ianya subjek teori, kena hafal pelbagai makna, definisi dan gambar dalam bahasa Korea. Siang malam, bangun awal pagi (waktu pagi senang nak menghafal) hafal benda itu je. Nak tidur, aku letak sebelah bantal. Aku yakin, segala tulisan itu malam-malam nanti akan bergerak masuk mimpi aku.

Memang ianya bergerak masuk dalam mimpi aku kot. Sebab itu aku boleh cakap bahasa Korea ketika tidur...dengan lancar dan mahir - macam air.

Banyak lagi perkara yang berlaku sepanjang aku cuba bertindak jadi pelajar cemerlang hendak cemerlang.

#. Telefon offer interview dari Malaysia, bila bangun tidur. Aku terus OFF, bila orang itu habis cakap. OMG! Menyesal tidur tengahari.
#. Aku tidur 4 jam setiap hari pada waktu malam.
#. Cara aku release tension adalah main Typing Practice. Rekod tulisan Korea, 400 (purata 120).
#. Minum kopi tanpa gula. Gula dah habis, malas nak kedai beli gula.
#. Kes aku dikejutkan orang Korea, barangkali mabuk dan hadiahkan aku sekeping plastik hitam. Kunci pintu nak tidur, woi.
#. Aku layan Weeds Season 6 - yang baru dan baru je habiskan.

Yes. Jiwa ubi kental menulis setiap inci kertas. Kalau markah rendah, faham-fahamlah kan.

Aku betul-betul bosan. Tengah fikir projek seterusnya nak hilangkan kebosanan.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha.

kenangan time exam aku lupa. sebab aku automatik jd robot.

DandelinoiD berkata...

haha. cari balik, mesti kau tersenyum ye.

WOLFMAN berkata...

aku suka pasal pen tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...