Khamis, Januari 06, 2011

[005] Memento: Tahun 2006. Mac - April.

Sudah keluar dari zon kena-berjaga-soal-penjimatan. Saat dimana aku gelarkan saat boom of Yongsan. Semua dapat MP3 sendiri, dapat komputer sendiri, laptop sendiri, kamera DSLR sendiri. Aku beli kasut dan beg! Selepas beberapa episod asyik menemani orang beli komputer peribadi sendiri, baru aku beli. Tak tahu kenapa aku beli - tak berguna sangat sebenarnya pun. Balik-balik tengok kamus Kor-Eng. Kalau aku memerlukan komputer, aku pergi je PC Bang. Laju dan kerusi yang sedap, sambil makan keropok.


#. Mac.

Saat dimana, jarang orang datang rumah aku. Susah nak jumpa orang dah. Sebab semua jenis duduk depan komputer, download pelbagai cerita, main pelbagai games. PS2 sudah jarang dimainkan. Kadang-kadang aku main WWE Smackdown, pelbagai karektor aku cipta.

TV sudah tiada orang tengok, walaupun dikala larut malam. Anas je selalu pasang MTV Korea tak pun Melon Chart pagi-pagi. Aku layan lagu kat TV, sambil buat homework. Fungsi TV dah berkurang.

20060316

Trip luar kelas. Kali ini berlaku di Chongyecheon. Dulunya, adalah sungai yang terlalu kotor, diubah suai oleh Datuk Bandaraya Seoul, Lee Myeong Bak (menjadi presiden Korea pada tahun 2008). Kalau dibandingkan dengan sekarang, memang jauh berbeza. Sekarang lagi lawa dan lebih menarik untuk fotografi. Dulu, kosong - sebab baru buat. Aku dah jalan kat sungai ini beratus meter dan berkali-kali pada tahun-tahun selepasnya.

Sebabkan sungai ini, aku mahir dengan lokasi penting untuk pelancong yang hendak datang ke sini. Kalau nak ikut cara melancong aku - super saving. Aku aplikasikan pada kawan aku yang datang sini dengan bajet yang ciput.

Terbaik ye di hujung sungai (tak sampai hujung sangat), ada kedai makan ikan bakar yang memang feveret dan Sindang Ttteokpukki.

Pelancong seterusnya adalah Jeju-Do (Jeju-Island).

20060327

Ini adalah pulau paling aku suka. Kalau aku banyak duit, aku memang memasang impian memiliki rumah agam disini. Menariknya pasal pulau ini adalah 3 benda; 3 benda paling banyak boleh jumpa di sini: Batu, Perempuan, Angin. Banyak cenderamata aku beli disini, untuk keluarga aku. Ini memang paling lawa. Salah satu tempat aku suka adalah Sinbi Road, Mystery Road. Kawasan yang menentang hukum fizik alam. Sama seperti yang berlaku di Oregon Vortex.

Ketika aku tulis ini, tengah bercadang nak menghabiskan saki-baki di Korea pergi Jeju-do - bersama rakan sebaya tanpa ikut kejaran waktu. Bersantai-santai.

Agak bodoh, potong botak dan pergi ke tempat paling berangin. 

#. April.

Selepas team rugby yang gagal, maka tertubuhnya team bola sepak. Balik-balik main bola. Uniknya kalau main bola disini adalah dapat berjalan pelbagai tempat yang jarang diketahui. Masa ini, ramai fresh dari injured atau masalah ligamen putus atau obesiti ke apa. Bilangan perokok pun tak bertambah. Si kaki perokok pun masih boleh berlari macam kuda hitam Ferrari.


20060413

Disebabkan bola juga, dapat kenal kawan dari Jepun, Mongolia, Vietnam dan beberapa negara aku lupa. Sekarang dah susah nak kumpul satu kumpulan bola sepak sesama rakan sebaya. Memang susah dan mustahil, untuk tempoh sekarang. Antara impian aku, dapat bergambar begini - sekali lagi dan bermain sebagai satu pasukan bola sepak yang kental pada kemunculannya.

20060413 - 2

Argh, aku kena berlakon jadi perempuan. Memang havoc habis belajar bahasa Third Level. Semua benda kena cuba secara realistik. Kalau kata suruh jadi Goblin, kena gak jadi Goblin. Waktu ini boleh ingat sampai sekarang Goblin dalam Korea adalah Tteokebbi. Ye ke?

20060412

Masa diumumkan keputusan Third Level, aku dapat markah yang sama dengan masa aku Second Level dan First Level. Maintain. Tapi, kecewa sebab tak dapat A tambah dengan sijil. Aku memang tak ada rezeki dengan belajar bahasa. Aku terima benda itu dengan hati yang tabah habis. Janji kelas aku havoc, aku boleh faham orang tua Korea mencarut, boleh faham drama, boleh balas apa orang kata. Muka aku sedih kan, dalam gambar ini. 

20060415

Kelas ini paling aku ingat. Sebabkan kelas ini, aku kenal Poh Khay Inn (wakil Malaysia untuk rancangan popular 미녀들의 수다) dengan lebih dekat. Dari dia, aku belajar lesson paling penting - first impression. Dia ingat aku adalah manusia yang membosankan, aku pun ingat dia manusia paling garang. Kedua-duanya salah. 

Yang berdiri sebelah aku, sekarang rumet aku di Ulsan. Banyak entri lawak bodoh kalau diamati bersumberkan daripada dia.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.


1 ulasan:

Nadia berkata...

ko nmpk chumel pakai hanbok tu....kekeke..kalo rambut ko panjang sket pastu tgk dr blakang...mmg org akan suspek ko pompuan....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...