Isnin, September 06, 2010

Dikala taufan datang, secangkir teh tarik peneman malam.

Taufan yang besar aku tengok adalah dalam filem Twister. Masa itu aku darjah berapa entah, pergi ke rumah jiran aku yang ada anak dara lawa. Tapi aku bukan pergi sebab anak dara dia. Mak dia buat makan-makan, dan bapa dia pula pasang video tape Twister.

Beijing 2010 [08]
Kedua-duanya bukan Superman mahupun Batman.


Memang horror lah tengok Twister, sebab jip, lori pun mampu diterbangkan.

Hari itu, tertanyalah jua dalam hati. Kawan aku kat Seoul cerita pasal taufan kat sana. Siap ada orang buat video, superb.

Pukul 1 petang tadi, aku klik-klik ramalan cuaca. Tunjuk perubahan awan dari Jepun ke Korea. Pergh, ada putaran. Tengok tarikh, esok. OK. Jangan panik, esok aku cuti (yakni hari ini, Selasa). Keluarlah berjalan-jalan naik motor orang.

Tengah syok-syok menikmati angin musim panas, kadar kelajuan angin jadi laju lepas tu tenang semula. Hujan rintik-rintik.

"Buka payung sambil naik motor, leh ye ni,"

Buka payung, vroom, vroom.

Payung tadi dah jadi macam payung terjun yang dipakai NASA untuk perlahan kapal angkasa.





Kalau ada orang rakam, memang macam Awie dalam filem Sembilu ah!
Naik motor besar dalam hujan, sumpah aku rasa macam aku Awie.

Bila taufan datang, duduk bilik sambil menikmati teh tarik kurang manis keluaran BOH.

Sekarang, aku dah mengalami krisis identiti.

Adakah aku seorang Iron Man?

PS: Tadi bukan taufan datang, tapi kesan taufan yang masih jauh berkilo meter. Hebatkan?

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

tm berkata...

dan, cuba kau bc balik ap kau tulis.
dh bc?
apa kau fikir psl cara kau tulis.

DandelinoiD berkata...

ini semua khayalan...

Nadia berkata...

kalo bkn khayalan pon ape salahnyer...kekekeke....tp klakar la..(ako siap imagine lagi ko mcm awie)..kekeke

tm berkata...

bg aku ko kalo cerita ada feel.
tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...