Isnin, September 06, 2010

Blog aku dah lama mati sebenarnya, cuma aku je belum sampai waktunya.

Shhh...

Aku dah malas nak publish blog ni, lantaklah la kan. Aku punya suka. Ada orang pertikaikan, sebab aku ada follower aku tersendiri. Aku rasa kalau dah nama follower tu, kalau aku senyap pun kiranya kau pun turut senyap. Jangan dungu, aku masuk jamban kau pun ikut.


Beijing 2010 [07]

Aku rasa nak mengasingkan diri sekejap. 


Owh, bukan-bukan itu maksudnya.
Aku amat hargai siapa yang baca dan komen. Aku baca komen tapi aku malas nak balas komen. Aku tak macam dulu, suka buka blog. Aku tulis sesuatu dan aku biarkan, barangkali lepas seminggu aku baca komen itu.

Link blog ini, aku telah jadikan homepage aku dengan alasan bahawa aku masih memiliki blog. Jadi aku tak lupa aku mempunyai blog yang dah lebih 50 orang follower. Aku pun tak pasti samada mereka hanya tekan 'follow this blog' dengan harapan aku akan ke blog mereka atau betul-betul berminat dengan blog ini.

Blog ini sudah bosan, dan memang ianya tidak mencipta kelainan.

Cuma aku akan berhenti, bila aku mati.

Owh ye, selamat berpuasa.

Aku tak bersedia nak beraya.

Kebosanan sudah tak mencipta kelainan. Bolehkah aku akhirkan dengan ayat sebegini?





Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

fd berkata...

alahai. apasal sedih je weh. aku suka apa bace blog kau. ^_^

sebenarnya kisah kita sama. blog pun dah lama mati. aku je yang tak mati lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...