10 orang pertama aku sudah hantar, dari 10 orang itu 8 orang bersungguh-sungguh dengan memberi alamat yang lengkap siap nama. Inilah hasilnya...
Poskad ini tiada unsur-unsur raya langsung.
Setelah berhempas pulas selama beberapa jam di kedai alat tulis berhampiran, akhirnya aku jumpa jua kad yang tiada gambar LOVE, pokok LOVE atau apa-apa kaitan dengan LOVE. Kad ini bukanlah kad raya seperti biasa dapat dilihat:
(1) Ada meriam.
(2) Ada mercun.
(3) Ada ketupat.
(4) Ada kuih.
(5) Ada gambar orang minta maaf. Dan lain-lain...
Kad ini hanya ada tulisan Korea dan jangan minta aku apa maksudnya, sebab aku pun tak baca habis tapi harap-harap tiada kaitan dengan LOVE.
Siapa masih rasa dia nak join projek kad raya ini, masih sempat sebelum Jumaat ini. Alamat dan nama penuh hantar ke email, jangan cakap kosong saja~!
Kebosanan mencipta kelainan.
5 ulasan:
berkilat2 mac.
uiks
ni nak hantar ke Malaysia ke??
semangat2!
keep it up!
hehehe..
hehehehe.....kad ko pon dah otw...
nak nak...sempat tak aku email sekarang?
Catat Ulasan