Rabu, Ogos 25, 2010

Bila Don Draper merasuk diri.

Hati riang.
Hati gundah.
Dunia je beb, dunia je beb.

Beijing 2010 [01]

Semalam bulan purnama, tahu apa maksudnya?




Lalu keluarlah lelaki tadi, hati gundah. Sambil mencarut dalam bahasa Inggeris, "This is shit, this is shit!" Setelah ber-bongkak dengan pokok, baru sedar semuanya adalah episod kebodohan dalam diri. Mana boleh tahan, bila berborak dengan pokok macam dengan batu.

Selepas edisi carutan, sepak-lah pula pokok itu dengan tendangan penalti Christiano Ronaldo. Sekali lagi, lelaki hati gundah mencarut. Untuk ditulis disini, sukar hendak dirangkapkan. Ungkapannya banyak dalam sesaat.

Rokok tadi yang separuh dihisap dibuang ke tanah dan dipijak puntung yang berapi. Kalau ditanya kenapa kau buat begitu?

"Aku tak nak orang lain cedera pijak puntung rokok yang masih menyala. Bahaya!"

Punyalah baik si-hati perokok tegar yang sudah menyepak pokok sambil mencarut. Diseluknya poket kiri, ada sekotak rokok Lucky Strike. Tertera 'DUTY FREE' disebelah kotaknya. Dilihat depannya pula, lambang LUCKY STRIKE. Tertera lah jua tulisan, "ITS TOASTED". Disebelah atasnya menunjukkan "ORIGINAL RECIPE".

Walaupun kerajaan sudah mewajibkan setiap kotak rokok ada gambar orang dapat kanser tekak, peparu dan sebagainya. Itu bukan halangan baginya, malah bongkak lagi berkata: "Alah, gelabah saja gambar ini,"

Ditarik satu, dan dinyalakan.

"Pergh...macam DON DRAPER!"





Everybody else's tobacco is poisonous. Lucky Strikes'... is toasted.










Inilah iklan Lucky Strike.

PS: Melihat budaya hisap rokok dikalangan pekerja kelas pertengahan tahun 1960-an dan bagaimana media memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya. Lucky Strike adalah salah satunya.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...