Rabu, Ogos 25, 2010

Kad Hari Raya paling 'sophisticated' tahun ini.

Aku dah buat deklarasi pada beberapa minggu lepas, siapa hendak kad raya (cerita kad raya lagi...). Aku dah umumkan yang aku akan teruskan, secara rasminya. Kad ini tiada yang spesial, melainkan kalau digantung di ruang tamu rumah masing-masing.

10 orang pertama aku sudah hantar, dari 10 orang itu 8 orang bersungguh-sungguh dengan memberi alamat yang lengkap siap nama. Inilah hasilnya...


10 Kad Raya 2010

Poskad ini tiada unsur-unsur raya langsung.


Setelah berhempas pulas selama beberapa jam di kedai alat tulis berhampiran, akhirnya aku jumpa jua kad yang tiada gambar LOVE, pokok LOVE atau apa-apa kaitan dengan LOVE. Kad ini bukanlah kad raya seperti biasa dapat dilihat:

(1) Ada meriam.
(2) Ada mercun.
(3) Ada ketupat.
(4) Ada kuih.
(5) Ada gambar orang minta maaf. Dan lain-lain...

Kad ini hanya ada tulisan Korea dan jangan minta aku apa maksudnya, sebab aku pun tak baca habis tapi harap-harap tiada kaitan dengan LOVE.

Siapa masih rasa dia nak join projek kad raya ini, masih sempat sebelum Jumaat ini. Alamat dan nama penuh hantar ke email, jangan cakap kosong saja~!

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

fauzana berkata...

berkilat2 mac.

fauzana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Judiene berkata...

uiks
ni nak hantar ke Malaysia ke??
semangat2!
keep it up!
hehehe..

Nadia berkata...

hehehehe.....kad ko pon dah otw...

MieZa berkata...

nak nak...sempat tak aku email sekarang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...