Sabtu, Ogos 28, 2010

[01] Kenapa aku kata China negara gila dan menarik.

Mula-mula aku keluar dari pelabuhan tempat aku mendarat, ianya merupakan bandar yang agak 'horror'. Bukan macam keluar di Pelabuhan Klang. Keluar sahaja kau dijemput oleh pihak imigresen dan disuruh naik bas yang begitu buruk sekali. Sukar aku hendak gambar sebab segala gambar di buang oleh pihak imigresen.

Setelah dibawa menaiki bas, kami melalui jalan yang gelap. Tiada lampu. Macam tahanan penjara pindah penjara pun ada. Sampai sahaja di pejabat imigresen, aku disuruh supaya menunjukkan passport. Sudah! Dah lah terpisah dengan kawan aku, sekarang kena masuk bilik pegawai besar mereka pula. Ini kerana jarang, malah sukar hendak melihat orang Malaysia masuk ke China melalui pelabuhan ini.

Ini kerja gila.

Masuk sahaja, disoal macam-macam. Kenapa datang ke China, berapa lama dan jadual perjalanan (padahal jadual perjalanan bukan lah fix). Beg pula diselongkar, mungkin kami disyaki penyuludup kot. Setelah beberapa sesi soal jawab, pegawai imigresen (selepas ini kami gelar abang botak) memberi pesanan yang amat menakutkan dan sekeping kertas yang mengandungi tulisan karektor Cina.

"Baik kamu semua keluar dari sini secepat yang mungkin, sebab bahaya untuk kamu berada lama disini,"

Ya. Memamg seram. Manusia ramai melihat kami macam kami adalah makhluk asing. Juga, kelihatan ramai manusia tak memakai baju dimana-mana. Di simpang jalan, di dalam kedai, di stesen keretapi. Dengan kertas ajaib pemberian abang botak, kami selamat sampai ke stesen keretapi. Tak tahu bagaimana sistem keretapi ini dikelaskan. Kami cuma kata, "Beijing," di kaunter.

Kami dapat tiket ke Beijing pukul 10:15, tapi beberapa kali di-delay kan. Pada pukul 12 tengah malam kami dikhabarkan bahawa keretapi akan sampai pukul 3 pagi, tapi tiba-tiba pukul 1:30 pagi dah sampai. Bayangkan kalau kami keluar dari situ untuk ambil angin. Bagaimana akan terjadi?

Tempoh menunggu pun agak serabut. Tiada sistem yang efisien, dan banyak kali episod gaduh antara penumpang dan pengawal masuk. Tiada tempat duduk. Kami duduk diatas lantai kotor beralaskan dengan selimut yang kami tibai di kapal.

Tandas.

Ini adalah peristiwa yang sukar dilupakan. Kawan aku Sood, sempat lihat orang berak dengan rokok ditangan dan muka berkerut mengeluarkan tahi. Memang kebanyakan tandas awam tiada pintu. Masuk sahaja tandas umpama masuk kilang ammonia. Nak tahu bau ammmonia macam mana, adalah kumpulkan air kencing 10 orang dan campakkan ke dinding dan dibiarkan kering.

Kami tak tahu, selepas itu ada azab selama 5 jam.


Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Pieja berkata...

mak aih..siyes ke cmni????eeeeyyywwwww

mataikan berkata...

ko mmg hebat dalam menerangkan benda2 yang menggelikan..tahniah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...