Sabtu, Ogos 28, 2010

Bola rugby tak bulat, cuma aku cemburu orang memegangnya.

Aku dengan adik laki dah jarang bercakap, sebab dia sekarang dah sekolah jauh. Dia pernah telefon aku pun sebab nak tanya patut ker dia ikut aku, pergi MRSM berbanding sekolah berasrama penuh.

Jawapannya, aku sudah tentu galakkan dia pergi MRSM.
Sebab aku tak tahu pasal SBP.

Antara sukan yang boleh aku main adalah rugby, dan memori aku dengan rugby lebih 'sweet' dari bolasepak. Tempoh aku pegang bola rugby pun tak lama, setahun lebih je. Sukan rugby lah yang pernah banyak kali cederakan aku:

Antaranya:
1) Muntah hijau lepas balik trainning.
2) 4 jari tangan kiri aku kebas selama 30 minit sebab kena pijak dengan stud besi.
3) Kaki hampir patah dihempap ketika scrumming.
4) Telinga berdesing kena tackle dengan lineback lawan.
5) Bibir herot sekejap sebab kena hempap 3 orang.

Sekarang adik aku main rugby lagi jauh dari aku dapat main!
Serius rasa cemburu menggila tengok adik aku dalam jersey rugby memegang bola rugby Canterbury.

Aku pergi meja roommate aku. Ada bola rugby pemberian kekasih dia, siap ada nama awek dia dan tandatangan dia, kot. Ada simbol love-love lagi.

Aku amik, aku pusingkan dan lempar ke siling bilik.

"Dah lama tak main,"

Antara benda yang paling 'wonderful' bila melihat perlawanan rugby, adalah putaran bola berbentuk oval.

Ini baru cemburu tengok tengok salur-paur keluarga pegang bola rugby.

Err...lagi satu, tolong jangan bagitahu roommate aku yang aku pegang bola rugby dia.













PS: Aku memang kuat cemburu. Tak caya?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...