Isnin, Julai 05, 2010

Jarum dalam peti aku simpan tempat lain.

Play safe, play safe.

Nak selamat, memang begitu caranya.
Kau tutup mulut, aku pun tutup mulut.
Sama-sama kita senyap berahsia tentang suatu perkara: Cinta dan Dosa.

Aku terjerat dengan sikap berahsia aku.
Berahsia banyak perkara menjeratkan aku. Takut untuk gerak ke depan.
Aku berada di satu titik selamat. Berundur rasa kecut, kedepan rasa kelat.

Erm.





Tiba-tiba duit aku melalui pengiklanan Nuffnang menjadi banyak. Tapi, jumlah pengunjung semakin sikit (sejak bila aku ambil kisah pasal benda ni?). Sebab entri aku jarang di-update. Sila rujuk kembali, ayat pertama di blog ini: Kebosanan mencipta kelainan. Kalau aku tak menulis, mungkin aku sedang rancak mencucuk langit, bersosial (jadi blogger bukan terperap duduk depan komputer) atau makan belut bakar ditepi pantai.

Hati aku sentiasa berlonjak, "Katakan sesuatu pada dia,".
Aku banyak berfikir bila melakukan sesuatu.

Atas sebab itu, aku pernah dipanggil 'dungu'.

Atuk moyang kita membiarkan penyanyi menjadi penghibur.
Rakan sebaya memiliki objek MP3 untuk santapan telinga.

Sebenarnya banyak aku jumpa dalam tempoh 2 minggu. Harapan, masa depan, kejayaan, misi dan persoalan. Semuanya datang dalam kepala aku dan pergi. Bila aku bangun keesokkannya, aku bertanya semula, "Apa aku buat semalam?". Baru tadi aku ditanya, "Apa kau buat hari ini?".

Semuanya ada jawapan. Mustahil setiap soalan tiada jawapan. Cuba jawapan itu secara lisan, kiasan, telus mahupun nyata. Kenalah tahu sendiri, bukan?

Kerap juga ditanya, kenapa aku menulis seakan-akan sukar difahami isinya, terlalu mekar dengan adabnya atau bunganya sungguh bersepah-sepah? Macam ayat diatas ini. Sukarkah untuk ditakrifkan dengan bahasa semudah budak umur 10 tahun untuk memahami?

Jawapannya, SUKAR dan SUSAH.

Seperti pantun kiasan turun berzaman.

Jangan simpan jarum dalam peti.

Aku tak simpan dalam peti, mungkin bawah tempayan menakung air hujan. Ada disitu, sebab aku sudah bagitahu. Cuma sudah tahu, tapi malas hendak bertanya, besarkan jarum itu, panjangkah jarum itu?

Macam isi hati aku.
Sukar diduga barangkali.
Lihat saja perbuatan aku, kau boleh tahu apa isi hati aku.

Ini bukan tentang cinta, tapi segalanya mengenai masa depan.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

jiwa kacau..~!!!??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...