Selasa, Julai 06, 2010

Mungkin akal aku penuh dengan khayalan.

Benda senang aku anggap susah.
Begitu jua dengan benda susah. Diperlekehkan.

Sekarang aku lebih gemar menaip entri yang berkisarkan dan bertema 'Jiwa Kacau'. Hari ini aku dikelilingi orang yang tak tahu siapa dan muka mereka. Tapi mereka kenal aku, ada mengganggap aku idola mereka, inspirasi mereka.

Karut.




Batu hikmat

Andaikata aku diberi batu hikmat begini. Kan bagus?




Laluan hidup aku amatlah 'straight'. Kecil merengek, menangis, bermain guli. Masuk sekolah, dapat gelaran dari kawan-kawan, bergaduh, bertumbuk. Habis sekolah, sambung ke sekolah lain. Dapat keputusan bagus, pergi sekolah lain. Habis sistem persekolahan secara awam, sambung ke peringkat ijazah. Sekarang ada baki berapa bulan. Seterusnya, memikirkanalam pekerjaan.

Itu lumrah sekarang.

Jadi budak baik, dapat keputusan bagus, masuk universiti yang ternama dan bekerja disektor menawarkan gaji lumayan.

Mudah kalau didengar.



Dalam 6 hari lalu aku berjumpa dengan kebanyakan orang (manusia sekeliling adalah cara melihat kau berfikir). Ditanya apa akan aku lakukan dalam masa 7 bulan yang mendatang. Adakah hati aku sudah bersedia kearah satu lagi fasa kehidupan yang diparas norma?

Titik kehidupan aku yang kucar-kacir pernah berlaku, iaitu apabila habis menduduki peperiksaan SPM. Apa patut aku lakukan, kemana patut aku pergi? Itu kebiasaan-nya kot. (Syabas kalau tidak berfikir rumit sebegitu)

Akal aku sudah mengatur langkah.
Cuma hati aku belum berganjak.
Ada satu peluang aku berada di-zon selesa sebagai status 'pelajar'.

Sambung belajar.

Owh. Tidak.
Tidak. Tidak. Tidak.

Ada beberapa bulan aku boleh berfikir.




Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

shiitake berkata...

hanya mahu berkongsi.

zaman u aku adalah di mesia. tapi penuh dengan manusia dari kaum lain. aku x minat budaya compete dgn diorg. rumah aku dipenuhi dengan anime/manga & rutin harian kami mesti dimulakan dgn music & diakhiri dgn manga (owh, cuma hari ahad sahaja; 'bangun pagi' dgn matahari tegak di langit, order mcD atau domino's & makan sambil tengok cerita tamil!).

semester akhir, disbbkn sedar diri dengan terlambatnya, aku join study group dgn beberapa otai u. menyesal. study penoh dengan pendapat diorg pasal cita2 & apa yg akan kaubuat time keluar nanti. beberapa kali aku nak jerit & terajang meja destina tu (pump station, tau?).

pada suatu malam, diorg buka topic apa ko nak buat lepas keluar u lagi. bila sampai turn aku, aku blurt out " nak relax setahun. kerja kedai vcd atau komik. lepas tu baru decide". & itu yg aku buat. all the otais never contacted me after uni years. & i'm glad they didn't. terus terang, aku puas hati. its not about apa yg kau mampu/perlu pilih or normal atau tak hidup kau nanti. its about kau selesa atau tak. gembira atau x.

buat apa yg kau suka. bergembira dgnn pilihan itu wlw dlm ups & downnya. itu je pesan aku yg x seberapa.

Nadia berkata...

hmmm slagi ko masih berstatus "student" nie guna lah sebaiknyer...sbb once ko dah msk alam lain...pasti ko akan rindu time ko menjadi student tu...

perjalanan ko masih jauh..(",)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...