Rabu, Jun 09, 2010

Kalau aku cakap pasal iPhone 4, mesti malas nak baca kan?

Huuuuaaaaarrrgggghhhhhh.
Erm, badan aku letih.

Semalam aku tengok Kick-Ass, memang terasa aku di'kick-ass' baiknya. Sepatutnya aku ulangkaji nota-nota lama, ini semua salahkan presentation budak tahun akhir yang cakap macam lecturer.

Agak-agaklah nak ambil masa orang lama sangat.
Aku harap kau dapat markah sikit, sebab bagi isi mengarut.
Ini zaman kejuruteraan yang memerlukan pelbagai ringkasan.
Ini bukan zaman 70-an.

Owh, ye. Semalam juga aku tengok keynote oleh Steve Jobs.
Aku tengok sebab...cara dia bercakap. Rasa macam thrilled bila tengok orang bercakap benda biasa, tapi benda ditawarkan agak 'biasa'.

iPhone 4:

#Kamera depan dan belakang.
Kenapa orang excited sangat? Bukankah zaman sebelum smartphone memang ada kamera depan dan belakang ke?

#Face Time
Kenapa orang excited sangat? Itu hanya sesama iPhone 4. Seperti jua tawaran oleh Blacberry, sesama manusia yang memakai Blackberry.

#Retina Display
Kenapa orang excited sangat? Bagi aku kalau lawa, memang lawa-lah. Tapi hidup aku bukan memandang telefon 24 jam. Baik tengok TV Plasma, World Cup sambil makan keropok udang. Owh ye, Steve Jobs telah membebel sebanyak mungkin tentang Retina Display. Sebab itu, ramai rasa kagum.

#Video Recording
Kenapa orang excited sangat? Ya, mungkin sebab VIDEO boleh diedit seperti diedit dalam Mac. Tanyalah siapa yang kaki buat video, kalau diberi pilihan edit video di telefon pintar atau komputer peribadi, mana satu? Lagipun iMovie adalah aplikasi yang perlu dibayar.

#LED Flash-light
Kenapa orang excited sangat? Sebab inilah iPhone yang pertama berbuat sedemikian. Bagus juga ada benda ini, bolehlah si kaki ambil gambar sendiri dengan lebih cantik setelah berbedak macam pekerja rumah hantu di fun-fair.





Apa yang membuatkan aku rasa iPhone ini menarik?
#Material Engineering
Untuk buat kaca yang ada 'ductility potential' yang tinggi, itu buat aku kagum. Ambil contoh, kapur dan wayar besi yang hendak dipatahkan menggunakan tangan. Besi akan melentur dulu, baru putus. Bukan seperti kapur. Jadi kaca yang dipakai, memerlukan (berdasarkan apa yang aku tahu) konsep 'heat treatment' yang tinggi untuk mewujudkan susur atur atom dalam kaca yang berbentuk 'superplasticity'.

Mungkin kot?

#Wireless antenna.
Biasanya akan ada wayar atau apa-apa objek kecil dalam gadget bagi menghantar dan menerima isyarat. Disebabkan ingin mengurangkan jisim iPhone itu sendiri, besi 'stainless' disekeliling iPhone dijadikan antenna. Siapa tahu, dimana antenna radio iPod (kalau memakai radio remote control)? Jawapannya adalah di'earbud' itu sendiri.

Aku gelak dulu.

Dah habis baca?
Owh ye, aku amat addict nak buat video sorang-sorang depan Mac sambil minum air. Sekali lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko mmg addict mac ke hape???

DandelinoiD berkata...

aku tak addict mac le.
aku cuma menggagumi kebolehan seseorang mengajar menggunakan produk dia, dengan lebih baik.

bukan seperti samsung, LG, nokia dan lain-lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...