Rabu, Jun 09, 2010

Gadis itu sungguh baik, mahu memberi 'donut'.

Entah patut digelar gadis ke tidak, cuma dia adalah kakitangan sukarela didepan bank.

Hari ini, aku uruskan sistem kewangan aku. Jadi aku pergilah menapak ke bank yang berhampiran. Tatkala menjejaki kaki ke sana, begitu banyak-lah khemah-khemah putih didirikan dan ada ramai pelajar baring disitu. Mungkin aku terfikir,

"Eh, kena ambik suntikan vaksin ke?"

Selesai urusan kewangan yang hanya memakan masa 5 minit, memang aku kagum sistem pengurusan pelanggan. Aku pun lalu berhampiran khemah-khemah putih itu. Wa, hebat sungguh kempen mereka.

Ada seorang perempuan menghampiri aku:

"Annyonghaseyo,"
"Annyonghaseyo," aku jawab.
"Erm...bla...bla...yeonghwa...juseyo..."

Aku tak faham beberapa perkataan. Yang aku dapat tangkap adalah,  "Darah","Derma","Wayang".
Mungkin antara selang perkataan itu mereka menggunakan vocabulary yang berkaitan dengan hospital.

Aku buat muka kerut.

"Erm...you...want...donut...?"










Sebenarnya, dia nak cakap 'blood donation'.

Kalau rasa yang ada darah tinggi, silalah datang sini. Bukan dapat bungkusan Milo, tapi:
#T-shirt pasukan sorak bola sepak Korea;
#Percuma tiket wayang;
#Percuma tiket konsert (ke-MUNGKIN-an BESAR ada SNSD,2PM bla,bla);
#Percuma tiket menonton opera;

Owh, dia cakap donut. Tiba-tiba rasa teringin nak makan donut.

Aku takut jarum.
Percayalah.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

fadh_q © berkata...

aku nak tiket SNSD!! hahaha!
oh malang nya aku masih belajar di pahang =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...