Khamis, Mei 27, 2010

"Pandai awak berbahasa Korea erk!"

Perempuan Jomblo: No English

Ini adalah entri inspirasi pagi Rabu.

Dulu aku memang tak yakin nak berkata dalam bahasa lain. Nak cakap, "Hey girl, can i borrow your pen?" pun pernah aku tersasul. Sebab aku takut orang lain betulkan grammar aku. Macam mana aku dapat keyakinan bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun salah dari segi grammar?

3 bulan aku bekerja di firma konsultan.

Kerja aku hanyalah seperti office boy. Hantar surat, buatkan kopi, ambil suratkhabar. Kiranya tak tetap pekerjaan aku. Kalau tak ada benda nak buat, aku hanya duduk di meja kerani sambil dengar lagu rock kapak, playlist yang dicipta oleh kerani yang lahir tahun 1979. Faham-faham saja.

Satu hari, ada seorang lelaki berbangsa Cina datang ke pejabat. Masa dia masuk, dia dah mula speaking. Aku nak jawab apa pun tak tahu.

Dia pun kerut muka.
Sepatutnya aku yang kerut muka.
Dia cakap sesuatu yang merubah hidup aku, sehingga sekarang:

"Sorry lo. I tak leti cakap English punya baik. Cakap saja, u punya bos paham I senang hati. U paham, I paham, tak la masalah wo,"

Sejak dari itu, aku mula cari peluang buat salah dengan bahasa Inggeris. Aku cakap salah, tapi tak ada orang tegur pada awalnya. Sekadar untuk buat mereka faham. Lama-lama kemudian, masing-masing dah tahu apa yang salah, sama-sama memperbetulkan.

Siapa mereka?
Kawan aku yang berbangsa Cina.

Bila aku datang Ulsan pada awal tahun 2009, ada seorang lelaki dari Utara Beijing datang sini dengan bahasa Inggeris pun memang susah nak faham pada awalnya. Tapi lelaki ini, dia cakap setiap hari, dia buat salah setiap hari. Kalau aku kata, "Hey, you're wrong!" mungkin akan membantutkan niat dia hendak bercakap Inggeris lagi. Kalau korang tengok Discovery Channel, pasal rakyat Beijing yang bersungguh-sungguh belajar bahasa Inggeris, korang akan kagumnya.

Aku jumpa orang China yang sebegitu depan mata, lihat usaha dia, lagi kau kagum.
Aku sudah cerita pada entri sebelum ini. <Klik>

Tahun ini, aku jumpa juga orang sedemikian.

Awalnya, bahasa Inggeris dia memang payah nak tahu apa yang hendak disampaikan. Dia cuba hendak berbahasa Inggeris sebab dalam hidup dia, tak ada kebolehan yang boleh dibanggakan hanya cuma: Berbahasa Inggeris. Setiap minggu, dia lepak bersama budak Malaysia. Dia buat kesalahan grammar, kami tak kisah. Sebab aku pun rasa aku salah!

Cuti musim sejuk, kami pelawa dia duduk sebilik (sebab aku pun nak perbaiki bahasa Korea aku). Bahasa pertuturan kami dari hanya bahasa Inggeris, jadi lebih. Sekejap bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Korea dan sedikit Jawa. Kalau nak dengar orang Korea cakap Jawa, meh.

8 bulan aku kenal dia.
Apa yang berlaku kat dia?

Bulan 8 ni dia akan terbang ke Amerika sebagai pelajar tukaran.
Nama dia Jang-Ji-Seung. Tanyalah Emberg siapa dia.







Umur aku baru 23 tahun.
Zaman sekolah aku, dapat A dalam bahasa Inggeris umpama mimpi.
Belajar bahasa Korea pun, B paling tinggi.

Aku cakap Korea, orang Korea tak tegur kesalahan aku.
Siap puji lagi.
Siapa yang tegur kesalahan bahasa Korea aku?

Orang Malaysia.
Nak aku spesifikan bangsa mana?





Fail first, success comes.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Kalam Hitam berkata...

biasalah, lebih sudu dari kuah itu memang perangai orang kita.

bila bercakap bahasa inggeris, itu menunjuk-nunjuk.

bila orang tahu lebih dari kita, itu sebab orang lain tolong, bukan usaha dia.

Tanpa Nama berkata...

sebab tue ada pepatah 'practice makes perfect..'
berusaha!!

bole aku teka bangsa mana??hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...