Rabu, Mac 25, 2009

Jujurnya lelaki itu.

Aku tak faham dengan sikap manusia yang perli orang lain tak pandai berbahasa suatu bahasa. Perkara ini banyak aku lihat di Youtube, komen-komen fitnah dan berbaur kebencian. Contohnya, (semalam aku tak ada kerja) aku lihat persembahan Tomok di OIAM.

WOW. Dia melakukan 'improvement' yang baik, semakin matang gayanya. Seperti biasa, aku suka baca komen-komen di bawah video itu. Ramai yang memperli, memperlekehkan, persenda gaya artis itu menyanyikan lagu berbahasa Inggeris. Aku tak kisahlah, dia pandai berbahasa ke tak, cuma aku kecewa dengan sikap merendah-rendahkan orang lain berbahasa selain bahasa ibunda sendiri.

Ada satu lelaki, lebih kurang 5 bilik dari bilik aku. Aku rasa kagum cara dia ingin berkomunikasi dengan aku... Serius, aku begitu sangat menghormati semangat dia untuk belajar bahasa lain.



Minggu orientasi bulan2 lalu, dia ni (aku gelar Ah Meng) berbangsa Cina dari tanah besar China. Masa sesi mengenai pendaftaran imigresen, dia tengok aku menulis borang, mungkin sebab borang itu tiap-tiap tahun aku dah biasa, aku tak ada masalah. Aku sebut 'Hi' kat dia, yelah itu salah satu cara dalam keadaan tak selesa orang pandang kamu.

Dia balas, dan dia tanya aku dari negara mana,
Aku-Hi
Dia-Hi, where are u from?
Aku-Malaysia...

Lepas itu dia tak pandang aku lagi. Setiap kali aku berlegar di ruang koridor asrama, aku selalu terserempak dengan dia. Macam biasa, sebut hi aku balas hi. Aku pun bosan, tak ada konsep 'ice breaking' disitu. Suatu hari aku tanya, dia belajar apa, berapa lama di sini...

Tapi, baru aku tahu, dia tak pandai berbahasa Inggeris.

...dan dia betul-betul nak mahir berbahasa Inggeris supaya boleh sembang dengan aku, kot.

Hari, hari, hari...dia tanya aku. "Dinner?", "Breakfast?", "Class?"
Satu ayat, tapi aku memahami soalan itu, sebab aku pernah dalam situasi dia...

Pernah aku keluar dari bilik mandi, dia tahan aku, nak tanya sesuatu...

Aku berjalan-jalan ke bilik, depan pintu bilik aku tunggu lima minit, nak dengar apa soalan yang dia nak tanya.

Selepas 7 minit (lebih kurang), dia macam dah putus asa, hanya sebut...

"Sorry, My...English...very bad"

Kesian pun ada, aku cuma senyum sahaja (bukan senyum kambing)...

Dia berkenalan dengan Musana, roomate aku sekarang. Dia nak suruh Musana ajar, tapi nak ajar pun payah kan. Alih-alih, suruh Jing Teng (budak Malaysia juga) yang ajar, senang pun senang. Sebab dia boleh berbahasa Cina.

Hari demi hari...

Tak tipu, aku lihat peningkatan dia...

Dari hanya "Dinner, breakfast, class" dia dah boleh tanya aku macam mana Malaysia, apa yang aku selalu makan ketika sarapan, apa buat hujung minggu...

Hari Selasa lepas, dia begitu seronok berbicara pasal kelas dibatalkan kerana perlawanan bola lisut Korea-Japan...

Mostly, in English. Wow!

Practice makes perfect.


Aku rasa, kalau aku nak belajar bahasa Fiji, kena duduk sana menetap 2 bulan.

Jujur betul lelaki itu nak belajar bahasa lain semata-mata nak cari kawan. Tolonglah, buang sikap mengutuk orang tak pandai suatu bahasa. Sokong mereka, walaupun ada saat yang menjengkelkan kita...bersabar sahaja.

Kebosanan mencipta kelainan.

9 ulasan:

aina hazuani berkata...

betullah
orang macam ni
perasan bagus je

macam lah die tuh perfect sangat dalam berbahasa

kan

Tanpa Nama berkata...

lame xkomen sini dib..
ak nk ckp..




eat cock la wei!!

muahaahha.sori2.tgh high skit ni

Tanpa Nama berkata...

lol jihad...ko pencemar ha

terharu gile ko komen blog aku!
wowowowowo!!!

PS: dem u jihad, bajet otai kg!

Em Berg berkata...

singgi gak ak dgr~~

Tanpa Nama berkata...

terharu citer ni....terbaik!!!

Tanpa Nama berkata...

Sangat memalukan bila baca komen di Youtube, mencarut, mengutuk...padahal sesama Malaysia. Yang peliknya, bila buka American Idol(contohnya) kalau yang masuk tu teruk sangat pun, komen diaorg setakat 'i think this is not for him' ...xde la pulak 'su*k my d**k' mcm orang melayu selalu sebut...(maaf blog anda tercemar di situ..ehehe)

p/s:kalau komen teruk sebegitu diberikan pada video seksaan Israel terhadap Muslim boleh jugak dimaafkan ... tapi kalau setakat Tomok...hurmmmm

Tanpa Nama berkata...

tu la psl...
aku rs masyarakat kita masih x open minded psl bnda2 mcm ni...

to do something, u must be 100 percent perfected?
wht the hell...

since we know, nobody is perfect...

Tanpa Nama berkata...

hahaha...part xle blah practice makes perfect..mcm bese dgar je...hahaha..-pederem-

aqila.aziz berkata...

wow.tahniah kepade kawan kau ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...