Semalam, aku menjadi penagih...penagih kafein. Ye, aku tak tipu. Aku 'overdose' kandungan kafein dalam badan. Puncanya, kerja-rumah yang melambak, tapi aku dah siap. Kira hujung minggu ini, aku boleh melakukan sesuatu yang luar dari jadual kebiasaan: tidur dan menelaah.
Semalam, bayangkan. Aku tak boleh tidur. 3 tin kopi Let's Be. Segelas kopi Tongkat Ali. dan kopi siapa entah yang letak atas meja. Selepas aku meneguk tanpa sedar, baru aku tahu itu milik salah seorang kawan aku.
Apa aku buat semalam tak boleh tidur?
1. Aku kemas susunan buku. Sekarang ianya kelihatan tersusun.
2. Mengemaskini segala nota dan fail. Menarik, aku mengguna fail warna-warni.
4. Menjawab pelbagai kuiz yang ditawarkan di Facebook.
5. Bermain rugby. Aku hampir kalahkan Musana perlawanan petang tadi, kena berlatih.
6. Menyepak bola milik abang.
7. Mencari bola ping-pong. Lupa, dah pulangkan pada tuannya.
8. Membuka buku College Physics setelah setahun lebih tak terbuka.
9. Membaca blog orang.
10. Fikir esok nak buat apa.
11. Akhir sekali, aku baca Twilight Saga, New Moon. Sampai subuh.
Sebabkan aku risau dengan kandungan kafein, tak pasal-pasal aku berlari atas treadmill sejauh 2.5 km semata-mata nak berpeluh petang tadi. Ada efek ke? Tak ada. Dah lama tak berlari.
Mandi, tiba-tiba keluar (aku hanya memakai tuala) ada ramai perempuan depan bilik aku!
Lupa, hari ini Open House. Sesiapa boleh melawat kami termasuk perempuan.
Aku taip ini, dan aku mahu tidur.
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
dh habes dah new moon?
dah abes...haha
sambung eclipse after junggan.
dah abes...haha
sambung eclipse after junggan.
Catat Ulasan