Temanya, aku rasa berkisarkan bandar, kesenian dalam bandar yang sibuk (seperti Jepun). Fokus dia adalah, lampu isyarat, tiang elektrik, bangunan yang artistik, pagar rumah, pondok telefon dan macam-macam lagi. Masa itu aku masuk pameran seorang diri, aku jalan satu bahagian, ada lebih kurang 50 gambar hanya menunjukkan tiang elektrik.
Selepas lebih 7 tahun, aku memiliki kamera sendiri dan aku cuba bereksperimen dengan idea "tiang elektrik".
"Ala, tiang elektrik pun nak ambil gambar"
"Kau memang tak ada kerja, gambar macam ini pun kata seni"
"Aku belajar letrik dalam kelas, bosan benda ni"
"Gi lah tangkap gambar orang, tiang ini buat apa"
Inilah komen orang yang berada disekeliling aku ketika aku cuba mengambil pemandangan tiang elektrik.
Dah lama aku tak bermain Photoshop, banyak benda dah lupa. Aku pakai yang ringkas-ringkas sahaja. Dalam file gambar aku, ada lebih kurang 20 lebih gambar tiang elektrik yang belum di nodai dengan Photoshop.
Ringkas sangat. Aku perlukan wayar yang banyak lagi.
...langit itu biru. Aku gelapkan.
Idea gambar bukan terbatas pada yang cantik dan eksotiknya, tapi pada orang menilainya.
Mungkin kamu tak suka, aku suka. Kamu suka, aku tak suka. Tak ada peraturan hakiki, kalau ada, langgar untuk mencipta kelainan.
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
tp aku suka.
Catat Ulasan