Selasa, Mac 31, 2009

Rupa aku macam...

Aku mengalami trauma, sudah 2 orang kata aku orang KOREA!

(Selalunya aku dikaitkan dengan orang Indon sepanjang aku berada di Seoul)

Kes 01

Aku pergi melawat bilik Yon-Gu Sil (bilik kajian?), tidak semena-mena pelajar master UoU terkejut tengok aku. Mereka tanya pada Rahman (sebab dia selalu pergi situ, maka kenallah).
"Itu orang Korea, kan?"
"Eh, tak adalah. Orang Malaysia"
"Owh, rupanya dia sama dengan kawan saya"

Tanya dia balik, "Bukan orang Korea putih ke?"

Dia jawab, "Kan ada orang Korea yang gelap. Kawan saya gelap sebab balik dari Military Service".

Yeah, ada orang cakap aku macam Korea. Warga Korea yang gelap. Tak kisah.



Kes 02.

Ada seorang lelaki dalam kelas aku. Kelas ini aku menjadi popular sebab aku tolong transilasikan satu perkataan Korea ke dalam Bahasa Inggeris. Atas sebab itu aku popular sedikit. Sehinggakan aku pergi tandas, ada orang tunduk pada aku (gaya hormat Korea kan tunduk menunduk).

Gila. Populariti yang tak disangka.

Setiap kali mamat tu jumpa aku, dia akan kata "Hi, Good Morning". Aku pun berani bertanya tentang nama dia siapa dan pelajar tahun berapa. Alang-alang berkenalan, takkan asyik "Hi" tiap-tiap hari.

Hari ini, dia bawa kawan dia masuk ke dalam bilik eksperimen. Dia tunjuk aku pada kawannya. Lepas itu dia tanya kawan dia:

"Dia orang Korea ke negara lain?"
"Korea, mmm"

Yeah. Sekali lagi, aku senyum. Aku tanya dia balik, cakap pasal warna kulit aku:

"Tapi kan, warna kulit saya kan gelap? Orang Korea kan putih?"

Dia balas:

"Serupa dengan orang Korea, tapi...yang kerja kat ladang-ladang kat kampung"

Ok, 'kerja ladang' pun ladanglah. Tak sangka, ada orang masih ingat aku orang Korea!


Terima kasih kepada warga Ulsan. Tempat ini membuatkan aku bertambah sayang pada Ulsan lebih daripada Seoul.

(Balik bilik...)

Aku tenung cermin, "Gila, betul ke aku macam orang Korea?"

Bertambah trauma aku memikirkannya.

Kamu rasa, aku ni ada iras-iras bangsa mata sepet juga ke?

Kebosanan mencipta kelainan.

13 ulasan:

kamil berkata...

"Serupa dengan orang Korea, tapi...yang kerja kat ladang-ladang kat kampung"....

haha..tak leh blah ayat dia... ^^

Tanpa Nama berkata...

hidup ulsan!! haha

tiqa berkata...

hahahaha
"Serupa dengan orang Korea, tapi...yang kerja kat ladang-ladang kat kampung"

mmg gelak sgt lah bc ayat ni. lol

syahme berkata...

pergh..
kompem time ko balik tgk cermin tu ko tgk cermin lame2 sambil membetul2kan rambut ko kan?taruk gel ckit..nak aku wat cite ke mcm cite scanner?
haha..

farahcaca berkata...

maybe, persekitaran merubahmuke kte tanpe sdar....?

dandelinoid berkata...

hoh...ayat dia kalo pikir balik mendalam tu...

syahme: ha, apa cite yg kamu nak pertaruhkan?

farahcaca: erm...mungkin sebab aku mengamalkan krim penjagaan muka sebelum tidur?

Guo berkata...

ko da kene kencing dib...abis la..hahaha

dandelinoid berkata...

hoho...
ak tau kat kodae xda org pggl ko org korea...

meh dtg ulsan...

zeeyazain berkata...

mindset aku terhadap rupa orang korea dah berubah...

dandelinoid berkata...

pe dia?

pire berkata...

guo jeles,nak kata dia org korea jugak lah tuh,,,eh bukan,Guo org jepun..heheh

Tanpa Nama berkata...

Many people want to in the game had more archlord gold, but in the end always do not come true, so only relp on buy archlord gold, so for the students this is a big different, so we all need the cheap archlord gold, so we all hope.

Tanpa Nama berkata...

hahhhaa...
x sangka lak,,,
muka abg adib mcm org korea...
hahahha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...