Rabu, Mei 12, 2010

Netherland menang, aku menang judi.

Perjudian untuk World Cup di Malaysia: Joegrimjow.

"Burpppp..." kenyang makan nasi goreng cina.






Negara yang aku sokong dalam World Cup adalah, Netherland/Belanda/Dutch.
Negara yang aku harap ada magisnya, adalah negara Korea Utara.
Negara yang aku harap tak lepas ke peringkat kedua, adalah Korea Selatan.

Andaikata Netherland menang, dan aku bertaruh di Malaysia dengan sejumlah wang, mungkin aku dapat hidu 'duit judi'.

Wow.

Lepas itu, sama-sama masuk neraka.
Kau tanya aku, "Kau belanja nasi goreng cina dengan wang menang pertaruhan erk?"
Aku tanya kau, "Kenapa kau tak halang aku berjudi?"
Kau tanya aku semula, "Yang kau tak halang diri sendiri apa pasal?"
Aku jawab, "Dah ########## kita kata boleh berjudi,"

Masing-masing senyap. Menunggu giliran disambar api, terlupa sudah rasa nasi goreng cina yang sedap tadi.

"Burppp..."
"Bang! Teh tarik satu!"

Arjen Robben menambah gol sebiji lagi.




Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

k.A berkata...

bila yang haram dihalalkan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...