Jumaat, Mei 14, 2010

HTML5 mengambil masa sehingga 2022.

Aku belajar dan bermain dengan coding web page ketika kelas komputer oleh Popeye (nama gelaran cikgu komputer yang berwajah kebudakan). Sejak dari itu, rasa seronok bila coding berjaya.

Ini juga membawa kepada faktor aku terjerumusnya ke dalam dunia blog.

Setiap hari kita menggunakan HTML, cuba sedar atau tidak.

Di Youtube, embed code adalah salah satu tatacara HTML4.
Di mana-mana blog, simple code HTML seperti yang ada kurungan < > dan pelbagai lagi.
(Kebanyakan blog sudah mencipta paparan grafik yang mudah untuk kaki blogger, tapi aku masih menggunakan HTML ini, cuma masih minima)

Sekarang munculnya HTML 5 (belum siap sepenuhnya), yang membuka satu lembaran baru dalam dunia web, salah satunya segalanya menjadi laju.

#1. Tunggu sehingga 2022
Walaupun masih ada coding yang sudah dikatakan stabil, tapi masih peringkat yang belum memuaskan, katanya.

#2. HTML5 akan menghapuskan fungsi Flash.
Flash adalah salah satu minor program yang dipakai oleh kita, secara tidak sedar. Macam kalau tengok Youtube, bermain game mudah di Kontraband dan sebagainya. Setiap web-browser, Safari, Internet Explorer, Chrome, Firefox tidak lengkapi Flash dan menghendaki pengguna memuat turun secara sendirian.

#3. Masalah Adobe.
Sub-topik dari atas. Flash dibina oleh Adobe. Jadi apabila program dia sudah tidak dipakai lagi, apa fungsi syarikat mereka?

#4. Steve Job dan Bill Gates menyokong platform HTML5.
Mereka menganggap minor program (contohnya Flash) adalah memberatkan program mereka yang sedia ada.

#5. Operating System (OS) Smartphone.
Era smartphone, Blackberry, Android, iPhone. Dahlah kecil, kena sumbat lagi Flash. Antara punca kelembapan. Sudah menjadi isu bila Flash 2 kali crash di Android, dan produk terbaru iPad telah cuba mengeluarkan statement tentang isu Flash ini.








Isu yang aku bawa bukan isu yang korang minat.

The Flash masih laju berlari, tapi tak pernah tercungap-cungap sedikit pun.




PS: South Park pun memakai Adobe Flash Player.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...