Sabtu, Mei 15, 2010

Kekalahan Piala Thomas, emosionalnya rakyat Malaysia.

Agak emosional melihat Wak Gani menonton Piala Thomas dengan bersungguh-sungguh. Masakan, setiap nama pemain badminton negara sudah tahu, apatah lagi sejarah pemain.


Aku baru tahu yang Piala Thomas tengah berlangsung di Malaysia!


Sebenarnya dalam sudut hati aku, mengagak bahawa Malaysia akan kalah. Bukan hendak memperlekehkan pemain Malaysia. Tapi itu hakikatnya. Pemain China bermain lebih baik. Tapi apa salahnya aku sebagai rakyat Malaysia yang yuran pembelajaran pun ditanggung oleh rakyat Malaysia, menyokong pasukan Malaysia.

Aku sudah mengagak, mereka kalah.

Tak akan aku hendak katakan;

"Argh, pemain Malaysia bodoh!"
"Celaka, pemain Malaysia tak guna!"

Itu sudah melampau.

Memang rakyat Malaysia emosional bila pasukan Malaysia kalah. Tapi katakan kepada mereka, ucapan terima kasih kerana menghiburkan malam hujung minggu. Mungkin ada keluarga duduk bersam, makan malam bersama sambil melihat siarang langsung Piala Thomas.

Malam semalam, aku bersama Ghani yang bersungguh-sungguh melihat perlawanan tersebut. Juga kepada Duen, Emberg dan Abe. Makan keropok Terengganu yang sudah masuk angin. Ha. Aku makan roti Nutella dan ikan bilik goreng yang masin-masin.

Inilah tujuan sukan.



Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...