Ahad, Mei 16, 2010

Kalau benar kata-kata 'Pandailah memilih kawan'...

Aku berkawan dengan ramai orang, adakalanya latar belakang orang itu memang membimbangkan kau. Ada darinya pernah masuk kumpulan yang dikategorikan 'mat rempit' (walaupun mereka hanya menunggang motorsikal tanpa helmet?), mat ganja, dan segala mat-mat yang dilabelkan.

Setiap kali aku pulang ke rumah, aku dipesan:

"Pandai-pandailah pilih kawan,"
"Jangan bergaduh dengan kawan,"

Sebab kawan atau sahabat adalah orang yang kau jumpa dalam sepanjang hayat kau.



Kaki-kaki
Bila melangkah bersama, dengan siapa kau mahu berpegang tangan?





Ketika hangatnya rancangan Donald Trump, banyak juga kawan aku mengeluarkan falsafah mereka berdasarkan rancangan itu. Masa itu, umur pun berapa tahunlah sangat nak kenal yang dunia ini memang kejam rupanya.

Pesanan Donald Trump, andaikata kau diberi pilihan untuk menetapkan siapa ahli kumpulan, sila berbuat demikian dengan sebaiknya.

Hari ini aku ada 3 orang untuk dipertimbangkan untuk menjadi ahli kumpulan aku, kerjanya adalah men-design salah satu beam yang kuat untuk menampung berat lampu isyarat jalan raya. Syaratnya, ringan dan murah. Janji jangan jatuh terkena kereta yang lalu-lalang dibawahnya.


#Orang Pertama
Dia adalah orang yang berlagak bila dia tahu suatu benda. Dia kira macam ada perasaan 'selfish' dan 'over-excited' yang kadangkala membuatkan kau rimas. Dia suka mendesak kau lakukan itu, lakukan ini tanpa meminta pendapat kau. Dia adalah betul, dan kau adalah salah. Perkara terpentingnya, dia boleh lakukan kerja cuma agak merimaskan kau. Dia adalah orang pertama ajak aku masuk team dia (sebab orang lain pun tak suka dia, kot) dan dalam kelas dia adalah pelajar yang selalu dapat markah tinggi.

#Orang Kedua
Orangnya adalah biasa dan berumur dari aku. Banyak kelas aku sama dengan dia. Dia tak lokek andaikata dia ada solution bagi soalan-soalan yang payah. Agak selesa dengan dia, sebab tenang melakukan kerja. Banyak benda dia tolong aku, dari segi meminta nota dari profesor (susah nak minta sebenarnya), persiapan kerja sekolah dan info mengenai soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan (sebab dia budak repeat). Sebabkan dia terlalu sibuk, dia hanya menyediakan bahan penting untuk projek ini, 'Korea Standard D' dimana aku yang orang Malaysia mungkin sukar hendak mendapatkan akses bahan ini.

#Orang Ketiga.
Adalah orang Malaysia. Bila bekerja sama orang Malaysia, senang nak faham senang nak bergerak. Segalanya senang.





Satu team project hanya perlu 3 orang sahaja. Dimana aku terpaksa memilih 2 orang dari senarai di atas.





Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org yg pertama tu die dapat markah tinggi sebab mmg bijak ke sebab mmg pandai kipas lecturer? sebab kadang2 kalau pandai kipas tu pun faktor nak bagi markah tinggi. kene tgk jugak die punye previous group, the whole group boleh dpt marks macam die atau die sorg je dapat markah yg tingi tuh. kalau die sorg je abaikan. pick the other 2. at least yg merepeat tu pengalaman die lebih dan bile die repeat x bermaksud die bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...