Sabtu, Mei 08, 2010

Dimana Joe Jambul?

Joe Jambul.
Joe Jambul.
Joe Jambul.


Mungkin ini popularnya tak seperti rancangan Akademi Fantasia. Tapi ini adalah rancangan permainan kanak-kanak yang aku jarang tinggalkan. Aku dah lupa nama pengacara yang mulut bising itu, tapi dia pengacara kan. Pengacara kena gamatkan cerita.

Game show ini pasal soal jawab, soalannya mudah: DIMANA JOE JAMBUL?. Joe Jambul adalah watak dimana melakukan jenayah antarabangsa. Sekejap dia merompak di Netherland, sekejap lagi dia curi emas di Afrika Selatan. Tapi dia tidak melibatkan kes trafiking manusia/gadis untuk industri pelacuran.

Terbaiknya, pasal game-show ni, selalu menanyakan kedudukan geografi nama bandar metropolitan/kawasan popular di dunia. Macam Banjaran Alps, Grand Canyon. Secara tak langsungnya aku pun tahu pasal geografi dunia.

Kenapa aku berhenti tengok Joe Jambul?



Ada satu minggu tu, ada peserta dapat selesaikan banyak soalan. Akhirnya dia dapat tangkap Joe Jambul dan bawa pulang hadiah yang best. Tapi, aku tengok lagi minggu depannya. Joe Jambul terlepas lagi.









Aku ingat ketika itu penjara Malaysia senang nak di 'break' kan. Joe Jambul pun boleh, apatah lagi Micheal Scofield.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

azwan ali, nama pengacara tuuh^^

badrul berkata...

detektif norzizi zulkifli..!! ahaks

DandelinoiD berkata...

yes! betul!

Tanpa Nama berkata...

Norzizie Zulkifle..
Sbb aku dulu salah seorang peserta tu dulu dan pemenang pertama kerana tangkap Joe Jambul dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...