Rabu, Mei 05, 2010

4 orang sakit jantung.

Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat juga, selepas habis kelas malam dan makan malam yang dipenuhi ramai manusia berbangsa yang sama.

Perkara yang sepatutnya boleh buat dengan percuma tapi disebabkan hendak mewujudkan perasaan 'thrill', kamu berempat pergi pusat Playstation 3: Duduk sofa empuk, memegang wireless joystick dan menghadap TV bersaiz 42 inci, serta dibenarkan menjerit sesuka hati. Itu beza main PS3 dibilik dan di pusat permainan.

Aku sebenarnya dah kurang main game Pro Evolution Soccer, tapi orang kata bakat itu masih ada.



Malam itu, main seperti biasa je. 2 lawan 2, cuma ada beberapa syarat yang kami letakkan. Syarat inilah yang menyebabkan kami berempat hampir sakit jantung.

Syarat perlawanan (kebanyakan remaja Korea menggunakan syarat ini)
1. Team yang dipakai hanya boleh guna sekali.
2. Penalti tidak dikira gol.
3. Condition pemain adalah RANDOM, begitu juga stadium dan bola.
4. Dikira menang selepas memenangi 5 perlawanan terlebih dahulu.
5. RAHSIA.

(Tidak diberitahu atas sebab-sebab tertentu, tapi adalah salah satu cabaran gila yang mencabar antara lelaki-lelaki berusia antara 20-an)








Malam itu, aku kategorikan malam yang penuh kegilaan, selepas satu episod kerja gila minggu yang lalunya. Mana tidaknya, ada je kerja sekolah yang melambak, tapi main PES menjerit tak ingat dunia sehingga 3 jam. Aku tak pernah main sampai orang keliling dah tak sebab dah lebih pukul 12 malam.

Serius malam itu, terasa jantung hendak tercabut walaupun hanya main game PS3, bukannya berlari!



Aktiviti tanpa rancangan yang aku ikut biasanya akan terjadi penuh dengan kegilaan, dan akan menyesal di kemudian hari esoknya.

Tapi, akan dikenang sepanjang hayat aku.



Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

13247 berkata...

kalah bogel?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...