Selasa, Mei 04, 2010

Haceeem, saya selsema!

Ini bukan kisah aku yang menghidapi selsema, orang lain.



Bermula begini...

"Kau ada apa-apa ubat selsema?"
"Ada, ada. Panadol Soluble kot," jari telunjuk menunjukkan rak kayu itu.

Kawan aku ambil dan berlalu mencari air. Tapi tanpa bawa apa-apa bekas yang boleh diisi air. Sebab cara makan panadol soluble adalah mencampakkan benda putih itu ke dalam air. Selepas itu melihat kepulan-kepulan gas keluar dari permukaan air.

Tapi, kawan yang aku sebut tadi...

[Berdasarkan apa yang dicerita oleh mangsa]

...aku kopek, lepas itu aku campaklah dalam mulut. Mulut aku tiba-tiba keluar gas. Aku rasa tak sedap hati dah time tu. Cepat-cepat aku nak minum air. Aku minum air, tiba-tiba gas tadi jadi lebih-lebih lak. Memang macam muntah ha...








Aku baru dengar cerita itu hendak bermula, aku dah gelak. Cuba bayangkan orang makan panadol soluble hanya dengan masukkan ke dalam mulut dan minum air. Lepas itu, mulut katup.

Lucu.

PS: Nama orang itu dirahsiakan atas sebab terlalu noob.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

HAHAHAHHAHA :))

x kann die x tauuu mcm mane nak makan panadol soluble kott?

Tanpa Nama berkata...

ni cara baru nak telan panadol ke? kreatif sungguh! hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...