Khamis, April 29, 2010

Mana Bungeoppang (Taikyaki) -nya?

Kusangkakan hujan hingga ke petang, tapi panas di tengahari.

Kusangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari.

Mana satu yang betul?

Itu bukan persoalannya. Tengah sedap bunga sakura jatuh, panas-panas sikit. Rasa kesuaman bila pagi tak adalah nak gaya menggigil. Pap-pap. Hujan rintik-rintik.

Hati cetus bertanya.
"Nak ubah musim lagi kot,"
Pap-pap.
Cuaca musim sejuk.

Kalau musim sejuk sedap makan roti ikan (bungeoppang: Korea / taiyaki: Japan), inti jangan minta kacang merah. Minta krim yang baiknya. Baru rasa apa itu musim sejuk.

Hari itu Hollywood buat filem yang khabarnya hari kiamat 2012. Lantaklah.
3 hari lepas aku baca buku Automotive Thermal Engineering, pengarang itu tulis yang kiamat tahun 2022.

Aku nak cakap apa?
Antara rahsia Allah adalah apa yang berlakunya tentang cuaca.
Sebab itu dikatakan ramalan cuaca, bukan keputusan yang dinekadkan dan berbaur kesempurnaan.




Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...