Jumaat, April 30, 2010

Duduk di barisan depan tak menjamin kepandaian.

Kalau diberi pilihan samada duduk sebelah pemandu, atau duduk ditempat duduk belakang (jika tidak disuruh memandu), aku suka duduk belakang. Sebab kalau aku ngantuk, boleh tidur tanpa silauan cahaya matahari.

Kalau diberi pilihan tempat duduk dalam wayang, aku suka duduk ditengah. Posisinya adalah 3/4 dari baris depan. Jarak kanan dan kiri adalah separuh (1/2). Sebab aku nak ianya berbaloi dengan wang aku bayar untuk aktiviti kesenian dan hiburan. Tengok IMAX duduk tepi, menggila kau. Pekak telinga dengar bunyi.

Untuk kedudukan aku dalam kelas/seminar/kursus...

Kalau dibagi pilihan aku duduk baris kedua. Akan berbuat begitu kalau aku memang berminat dan subjek tersebut ada nilai dalam kehidupan aku. Sebab lain kenapa aku suka duduk baris kedua, andaikata aku terTIDUR, orang depan sebagai cover.


Aku ambil satu subjek yang isi kandungannya bukan tahap aku, tapi aku ambil sebab pelajar dalam kelas itu amatlah sikit (potensi untuk lecturer malas mengajar adalah besar) serta bahasa yang dipakai adalah dwi-bahasa: sekejap Korean, sekejap English.





Sehari sebelum hari exam, ada seorang mamat ni tanya aku:

"Kau faham tak apa dia ajar? Ajar aku,"
"Aku tak reti gak apa dia ajar, tapi boleh tunjuk sikit-sikit,"

Sambil lakar-lakar Mohr Diagram dengan pensil mekanikal.

"Ini aku pun tahu. Aku nak tanya yang ini,"
"Owh ini, entah. Tak tahu kot,"
"Bukan kau selalu duduk depan ke?"
"Aku duduk baris kedualah,"
"Sama je, kau antara paling depan,"
"Duduk depan bukan jaminan faham semua,"
"TAPI KAU DUDUK DEPAN!"


Adakah stigma ini memang berlaku dimana-mana? Duduk depan bukan jaminan kepandaian. Yang penting apa usaha kau nak ke arah kepandaian. Lagi satu, aku menyampah dengan orang yang kata duduk baris depan adalah orang yang skema.

Kau yang bodoh sebenarnya!

Duduk depan boleh tidur tanpa gangguan. Duduk depan, muka kau boleh dicam oleh guru kau sekaligus bila nak jumpa (bila nak tanya soalan) tak adalah sesi berkenalan "Kamu student saya ke?".

Sebab duduk depan, aku dapat pow kopi ginseng lecturer aku.

Masa kelas Advanced Math for Engineering, aku mengutamakan baris 3 dari belakang sebab aku rasa tak ada harapan dalam kelas itu.

Tiba-tiba, keajaiban berlaku.




Tak ada kaitan pun kau duduk mana dalam kelas.

PS: Agak annoying dengan lecturer yang fikir pelajar duduk belakang adalah budak yang ada masalah disiplin.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju2.
sejak sekolah rendah menengah matrik uni, seminar ceramah apa sahajalah, memang akan duduk di baris pertama. peduli apa orang nak kata. that is my own satisfaction.
tapi, memang lah Duduk depan bukan jaminan kepandaian (Dandelinoid, 2010).
dianggap pandai, tapi hakikatnya adalah sebaliknya. haha.

(duduk depan serius boleh tidur dengan terang lagi bersuluh tanpa ditegur oleh pengajar.haha)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...