Khamis, April 08, 2010

iPad, aku tak berminat.

Bila aku tengok siaran tertunda pelancaran iPad selama sejam lebih, aku berfikir semua kearah bisnes. Bukan betapa cool-nya gadget itu.

Aku dah cerita kan yang aku belajar selok-belok strategi perniagaan ketika cuti musim sejuk hari itu. Ini yang aku dapat rumuskan:

"""iPad adalah permulaan baru kepada perniagaan yang dilihat tiada potensi (sebab banyak kegagalan berlaku) menjadi potensi baru. Steve Job otak dia tahap otai, sebab dia berjaya membuka satu bisnes baru. Nak dinilaikan begini.

Makcik Jah buka perniagaan nasi lemak. Makcik Limah tahu, buka juga perniagaan nasi lemak tapi dengan harga sama dia letak telur 2 biji. Pelanggan suka. Dan ada seorang makcik bernama Makcik Tijah buka perniagaan nasi kandar. Makcik Tijah berjaya sebab tiada persaingan disitu.

Itu yang telah dilakukan oleh Steve Job melalui pelancaran iPad yang baru. Tanpa persaingan dari mana-mana pihak. Tiada Microsoft, tiada Google, tiada Blackberry, Samsung, Sony, LG. Ada satu je, Apple dalam segmen produk seperti iPad. Disebabkan ada satu saja produk, mungkin ada kesusahan.

Cuba lihat, Microsoft tak boleh hidup tanpa kompeni lain seperti Intel untuk buat pemproses komputer, GeForce untuk buat grafik jadi best habis. Apple telah bertindak dengan menjalankan kerjasama dengan kompeni buku terbesar sebab Steve Job lihat potensi iPad ini dijadikan E-Book.

Jurutera software pun sudah menjemput beberapa designer untuk memudahkan penciptaan aplikasi dimana hanya sedikit berbeza berbanding aplikasi iPhone atau iPod. Jadi tiada masalah berlaku mengenai aplikasi"""




iGotaBigAssPocket Pants for the iPad

Kepada pereka seluar, sila keluarkan produk seluar sebegini.



Walaupun aku Apple-Retarded, tapi sebagai pengguna kena tahu kenapa kita hendak membeli suatu barang. Jangan beli barang sebab nak glamer. Beli sebab kepentingan terhadap kehidupan seharian.

PS: Aku tak pakai iPhone pun, masih lagi pakai handphone Nokia yang ada torch-light.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...