Jumaat, April 09, 2010

The Case of Itaewon Homicide - siapa bersalah?

Kes pembunuhan Junko Furuta kira ok, sebab tahu siapa pembunuhnya.

Tapi bukan kes pembunuhan paling popular di Itaewon (Itaewon adalah kawasan paling kerap aku pergi bila berada di Seoul).


Ini adalah kes yang masih belum terungkai, mengenai seorang pelajar lelaki yang dibunuh ketika kencing dan kemungkinan tiada sebab munasabah. Killing for fun. Suspek ada 2 orang lelaki, kedua-duanya ada Korean-American tapi salah seorang dari mereka ada kerakyatan sebagai warga Amerika.

Pengarah ini berani menawarkan cerita ini kepada umum, kerana ia adalah misteri dan meminta penonton siapa pembunuh antara mereka berdua. Filem ini juga banyak isi yang boleh dilihat:

#1. Andaikata pesalah tidak boleh berbahasa Korea, dikira ada immunity sedikit.
#2. Andaikata pesalah tidak boleh berbahasa Korea, boleh membuatkan pendakwa hilang arah.
#3. Sentimen terhadap warga asing.
#4. Sistem dalam pihak berkuasa yang gagal mengawal situasi kawasan pembunuhan.
#5. 2 orang pesalah yang melakukan 'false statement' boleh dikira kes ini digugurkan akibat 'lack of evidence'.
#6. Menggunakan kerakyatan Amerika sebagai immunity besar, kerana pengaruh Amerika itu sendiri pada kerajaan Korea.



Aku rasa kes ini menarik kerana hanya melibat 3 orang dalam satu kawasan pembunuhan. Mangsa yang dibunuh dan 2 orang lelaki tadi, dimana setiap statement yang dikeluarkan ketika siasatan dan trial boleh menjadi mereka ada pembunuh dan saksi.


Tak rasa menarik ke, setiap kali kita cakap orang boleh kata kita ini bersalah, lepas itu cakap lain, orang kata kita ni tak bersalah?



Pengarah filem kita perlulah kurangkan skop pencernaan cerita hanya berkisarkan REMPIT, DRIF, BOHSIA, DADAH. Ada pengarah berani membuka kes liwat tahun 1999 yang mengajak penonton Malaysia berfikir siapa bersalah atau tidak (sebagai contoh aku beri sebab itu kes yang popular di dunia)



PS: Kes yang digugurkan akibat kekurangan bukti bukan digugurkan terus, tapi mempunyai tarikh luput. Kes pembunuhan di Itaewon mempunyai tarikh luput sehingga 2012.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...