Jumaat, April 16, 2010

Gaji cikgu tinggi/rendah tak payahlah pertikaikan.

Ini orang yang cemburu dengan gaji guru, klik.

Ini respon kepada orang yang cemburu, klik.

Adoyai.

Aku rasa cikgu-cikgu sekalian layak dapat gaji tinggi. Aku rasa.
Aku kata begitu sebab sejak aku mendapat pendidikan formal bermula dari umur 6 tahun sampai umur aku sekarang 23 tahun masih lagi bersama mereka.

Walaupun nama gelaran mereka lain.
Cikgu. Ustaz. Guru. Pensyarah.

Ala. Apalah sangat gaji RM 2000 nak dibagi kepada cikgu. Apa yang cikgu ajar dalam kelas, kalau bijak kita boleh dapat lebih dari RM 2000. Ini kira macam pelaburan masa depan. Memang sakit hati bontot kena sebat dengan cikgu, pipi kena tampar dengan cikgu malah pernah juga diseksa oleh cikgu akibat main futsal dikawasan asrama.

Hari ini cikgu bukan hanya sekadar ajar je. Mereka kerja sebab tanggungjawab. Mereka bukan membina produk fizikal seperti sabun. Sabun itu rosak, lepas itu pembeli beli nampak sabun ada lubang kat tengah, pembeli  buat laporan. Konsep ini salah pada produk intelektual.

Kita semua adalah produk intelektual. Produk intelektual bukan pada cikgu. Ibu bapa yang rata-rata adalah warga bekerja dari pagi hingga lewat petang. Mereka hanya tahu, apabila mereka pulang, tahu anak mereka dah boleh cakap PISANG, KACANG, BAS, SEKOLAH dengan betul tanpa pelat. Tak pun pandai kira 1 tambah 2 jadi 3. Mereka semua letakkan pada guru, padahal harta intelektual adalah pembelajaran secara berterusan.

Di sekolah dikira asuhan secara formal, rumah perlu juga ada konsep belajar dan pembelajaran. Dalam perjalanan juga begitu cuba 'subjek' nya adalah berbeza.





Lepas itu nak pertikaikan, gaji cikgu tinggi.

Semua nak letak kat cikgu, bagi gaji sikit. Adeyh.



Masyarakat kita nak semua faedah tapi mahu letakkan nilai investment yang rendah. Macam melabur RM 100 untuk dapatkan nilai RM2000, dengan nilai kadar 4% (kiraan secara sistem konvensional). Tak bolehlah kan?

Aku cakap juga berdasarkan pengalaman mak aku sebagai cikgu tadika. Gaji cikgu tadika besar manalah sangat, tapi ibubapa yang hantar anak harapannya tinggi. Anak mereka bukan fiil mereka sama. Semua bervariasi.








Aku bukan anak bangsawan yang boleh dapat pendidikan dirumah.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

tangerine berkata...

hidup cikgu!

[z@ck] berkata...

setuju..
lagipun RM2000 tu x banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan gaji kakitangan gomen yang lain.

even aku tak jadi cikgu lagi, tapi pressure tu dah ada. dah terbayang-bayang macam mana nak mengajar anak murid zaman sekarang. totally different dari dulu..

Tasneem berkata...

thanks for linking, and for agreeing that teachers deserve more coz in all honesty, we really do!

I think some people forget that whoever they are today, it all begins with one simple teacher, teaching them the alphabets, the numbers.

Teachers used to be revered and respected way, way back but thats not the case today. Sad, isnt it?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...