Rabu, April 14, 2010

Ramyeon / Ramen : Cara masak orang bujang.

Aku tak berapa gemarkan Maggi, sebab sikit dan mee tak kenyal.

Sebelum aku terbang ke sini, Ah Meng budak satu LDK aku kata,

"Bring me ramyeon when you comeback from there!"
"Erm, I will staying over there for...5 years!"

(Masa itu aku tengok kontrak JPA lah, tulis 5 tahun)

Betul cakap dia, ramyeon kat sini memang sedap. Yang betul-betul boleh makan memang susah lah nak cari. Aku memang bagi 5 bintang kat pengilang ramyeon. Kenyal, sedap dan boleh kenyang. Bukan makanan segera dah, boleh bertukar kepada hidangan tengahari atau malam. Itu ada Hyeong cakap lah, sebab dia gila ramyeon.

Aku sebelum ini, banyak beli ramyeon yang gunakan mangkuk. Sebab senang nak makan, senang nak buang. Satu hari rumet aku yang balik dari military service (kira PLKN lah), kata pakai mangkuk mahal, tak banyak, kurang sedap sebab sos/perencah tak pekat atau banyak.

Lalu dia ajar bagaimana askar-askar Korea makan ramyeon. Gambar ini aku ambil dari Nate Pann. Perempuan-perempuan bujang Korea pun tak tahu bagaimana nak makan menggunakan kaedah ini.



뽀글이 0

뽀글이 1

뽀글이 2



Aku terasa 'amazin', terkesima dengan cara ini. Sebab ianya begitu kool bila makan tanpa gunakan mangkuk. Sejak dari itu, aku tak beli ramyeon jenis mangkuk. Maggi pun aku tak suka dalam bentuk mangkuk.

Pak Guard pun pelik tengok aku menggunakan cara ini dan makan ramyeon di bilik TV. Sebab, aku wei-gu-gin (alien kata Emberg).


PS: Maggi tak boleh buat macam ini, sebab sistem pembungkusan terlalu murah dan kuantiti sikit serta mee yang kurang kenyal. Kepada Maggi, perisa tomyam adalah paling sedap aku rasa!!!

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

kersani berkata...

unik dowh!

kalau buat maggi pun tak rasa macam ni kot sebab... err, sebab maggi!

eh, kimchi tu kobis ek?

DandelinoiD berkata...

haha..sbb maggi!

a'ah. kimchi itu kobis yang diperam, letak cuka, letak garam sikit, letak cili

Niealex berkata...

buat kimchi sendiri ke beli yg dah siap?? hebat!

betul la kebosanan mencipta kelainan >_<"

ciK_SaLmaH berkata...

err..halalan toyyiban x ramyeon nih?

DandelinoiD berkata...

niealex: buat sendiri? owh..TIDAK!

cik salmah: yang dalam gambar bukan yang halal ye. ada je yang boleh makan. kena tahu baca ingredient tidak pun tanya pihak masjid, atau sumber yg dipercayai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...