Sabtu, April 17, 2010

Ketenangan ini lama sudah tak jumpa.

Minggu peperiksaan pertengahan semester adalah minggu depan.
Ianya mungkin adalah yang KEEMPAT TERAKHIR peperiksaan sebagai seorang pelajar kejuruteraan mekanikal dan automotif.


Agak tipikal bukan, kalau hendak menjelang peperiksaan, nak cerita perasaan gundah gulana, sibuk dengan report, meraung-raung, mencarut-carut dekat FB kata "Exam Suck"-lah. Lepas itu, countdown hari peperiksaan yang akan habis; contoh: "Habis 2 tinggal 1".

Ini peluang aku ada sebagai pelajar tahun akhir, jadi aku mahu masuk ke dalam bilik peperiksaan dengan tenang, tanpa perlu kata apa-apa tentang perasaan tentang exam.





Dengan egoistik, aku cuba hadapi peperiksaan kali ini dengan tenang. Sebab aku dah siap sedia subjek ini dari cuti musim sejuk hari itu.

Aku tiru stail pelajar Korea yang pernah jadi rumet aku sepanjang 2 bulan.
Cuti adalah ruang untuk kejar apa yang tidak termampu.




Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...