Isnin, Mac 22, 2010

Rasa nak marah kat pemain Liverpool.

Habis gegar hostel.
Kedengaran tapak kaki menderum dari hujung kanan, dari hujung kiri.
Arahnya satu, bilik TV.


"Demit, rasa semak tiba-tiba," cetus ku.

Ji Sung


Tak pasal-pasal ramai manusia menjerit kebisingan, meraikan seolah-olah gol ketika perlawanan terakhir Piala Dunia. Padahal hanyalah perlawanan bola sepak dari dua pasukan EPL je pun.

Walaupun aku peminat Man Utd, tapi aku rasa nak marah je kat pemain Liverpool. Bukan sebab mereka menyarung jersi Liverpool. Aku nak marah sebab kenapa bagi Park Ji Sung tanduk gol semalam. Tak nampak Liverpool ni gah dah.

Sebab lain aku bengang, setiap kelas yang aku masuki hari ini, setiap manusia bermata sepet dan memiliki IC South Korea akan bertanya dan bercakap benda sama:

"Semalam tengok bola? Ji SUUNG gol!"
"Semalam Ji Sung terbaik,"




Kan dah nampak sangat Liverpool adalah team lauk pada masyarakat Korea.



PS: Chelsea pulak kalah, bertambah sayanglah rakyat mereka pada Park Ji Sung.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Unknown berkata...

CHELSEA seri la..
ARSENAL plak menang..
huhu...

13247 berkata...

kita pun akan jadi batak jugak kalau amri yahyah main untuk MU.

GGMU

jumari jipan berkata...

liverpool mmg x gah pun dari dulu lagi.. zaman ian rush dulu ye la. kahkahkahkah..

mufc= not arrogant just better

zach berkata...

aku akan mula simpan duit utk tgk match MU klu amri yahyah main utk MU.

DandelinoiD berkata...

haha...betul2
teringat team bola sepak (lupa nama) yang ada lambang proton sibuk disokong oleh rakyat tempatan..

yerp, norwich city!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...