Ahad, Mac 21, 2010

Aku tak suka sepak takraw.

Aku tak suka sebab ada alasan.

Alasan utama adalah ketika ingin melipat bola ke gelanggang lawan, aku jatuh terjelepuk lalu jatuh bahagian gigi dulu. Gigi depan aku sumbing. Kalau nak lebih dahsyat, di tempat kejadian banyak darah keluar. Mungkin sebab gusi aku luka.


Sejak dari itu, aku dah tak main sepak takraw. Kali terakhir adalah darjah 5. Aku main masa selepas habis kelas agama di sesi petang; dengan sampin hijau serta bersongkok main. Mungkin atas sebab itu aku jatuh terjelepuk.




Aku cuba nak main bola takraw semula, tapi kaki aku dah tak jalan seperti biasa.
Neuroway aku agak lambat.

PS: MU kalah match ini, kalah EPL.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...