Rabu, Mac 24, 2010

Dasar Keterbukaan: Negatif?

Sumber: Asian Correspondent

Memang senang kan kalau pekerja Indonesia, Laos, Bangladesh datang negara kita lepas itu hendak beli telefon bimbit. Asalkan berduit, memang boleh beli yer. Beli SIM Card RM 10, cucuk...dan boleh telefon sedara-mara sampai ke pagi.

Tapi tidak disini.

Memang lecehlah nak mendaftar untuk memakai telefon bimbit. Serius payah.
Tanyalah siapa-siapa pelajar Malaysia yang ada disini serius payah. Kena cari penjamin orang Korea la. Kena itu, kena ini. Akaun bank tak boleh untuk siapa yang buat pakai no passport la. Kena tukar nombor akaun berdasarkan kad pengenalan Korea.

Ramai kawan-kawan aku pesan, "Bawa handset utk aku dari Korea!"

Hangguk kepala, "Nanti aku belikan yer..."
Lepas itu, aku harap dia lupa apa yang dia cakap. Malas nak bercakap panjang tentang sistem telefon bimbit disini.



Negara ini memang hendak pergi jauh. Nak pergi setaraf negara maju. Mereka tak buat perbandingan mereka dengan Asia. Mereka akan cuba meletakkan nama mereka sebaris dengan Amerika, Eropah, Jepun dan tak kisah lah jaraknya jauh.

Tapi, mereka masih ragu-ragu lagi dengan memberi kemudahan kepada warga asing macam aku.

Baru tadi, aku nak buat email pun kena ambil masa proses selama 7 hari!
Semata-mata pengesahan aku adalah aku, bukan orang lain.
Yahoo! email kau boleh buat 3 ID dalam masa setengah jam, tapi tidak dengan server email di sini.

Dicanangkanlah globalisasi adalah suatu yang bagus. Kau ke sana, aku kesini tanpa masalah. Dan sekarang Malaysia pun bertindak dengan cara serupa. Undang-undang untuk warga asing terlalu berbeza dengan orang tempatan.



Hendak disimpulkan....


GLOBALISASI ITU TIADA
DASAR KETERBUKAAN ITU TIADA

...jadi kenapa budak-budak sekolah dikerah mengarang karangan SPM mengenai kebaikan tema sebegini?

PS: Cara hendak menyayangi Malaysia adalah dengan keluar dari Malaysia...lebih dari 4 tahun.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Munirah Zainuddin berkata...

Dan hingga hari ini, hampir 200juta dibelanjakan untuk banduan kat penjara Malaysia yang hampir 100000 adalah pendatang asing sahaja.

DandelinoiD berkata...

hoho...

no komen pasal itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...