Khamis, Mac 25, 2010

Pokok bergoyang kalau dihentak dengan trailer.

Agak-agaklah nak buat gosip hangat yang mengatakan aku bakal berkahwin.


Setahu aku, yang terdekat adalah pakcik aku yang bakal berkahwin dan meminta supaya menghadiri majlis beliau. Tapi aku tak dapat memenuhi permintaannya atas sebab...

...entah, aku tak ada sebab.




Aku hanya baca buku 'Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai ke Syurga' yang dikarang oleh penulis Saiful Islam. Memang orang kata baca buku ini rasa hendak kahwin. Rasa dah gatal ke apa ke.

Tapi aku baca tak ada rasa apa-apa.

Bila aku selak bahagian terakhir, aku cuma rasa aku adalah lelaki yang masih belum mampu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami yang soleh. Kalau setakat suami itu bolehlah, ye kot.




PS: Aku cuba hentak pokok sakura kasi cepat tumbuh dengan kasut sneaker Vans.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...