Jumaat, Mac 26, 2010

Mokhtar Dahari, sudah tiada tapi disanjung.

Aku tak hidup pada zaman kegemilangan Mokhtar Dahari.

Tapi sejak aku kecil aku sudah digembar-gemburkan bahawa Mokhtar Dahari adalah pemain bolasepak yang terulung-ulung kalinya di Malaysia. Orangnya macam itu, orangnya macam ini. Orang Korea pun punyalah taksub dengan Mokhtar Dahari ni. Sebab punyalah liciknya pemain ini bila menentang Korea Selatan.

Orang tua yang masih hidup sejak zaman dia, diceritalah kepada cucunya macam aku ni, Mokhtar Dahari adalah lagenda.


Tanah Tumpah
NIKE memang buat duit dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.


Dulu aku selalu dibawa ke Stadium Shah Alam. Zaman itu ada Azman Adnan, K.Sanbagamaran, Rusdi Suparman, Christopher Kiwomnya, bekas player Arsenal, Tony Cottee masuk team Selangor. Zaman itu kira hebatlah Selangor. Team bola sepak lain pun apa kurangnya. Aku rasa meriah sekali bila ramai orang pergi stadium tengok bola.

Lepas itu...disebabkan gejala rasuah dan apa-benda-lagi.

Orang Malaysia pun macam nak tak nak tengok bola.

Nak cari balik keyakinan orang Malaysia tengok bola sepak Malaysia adalah menang, menang dan menang. Tapi nak menang selalu adalah kerja mustahil. Betul, memang mustahil.

Lihat sahaja apabila Malaysia menang Sukan SEA, kat Facebook dah ada orang menyorak:

"Kelantan menang tipis, apa cite?"

"Selangor menang, MU menang,"




Tugas pemain bola sepak Malaysia sekarang bukan sekadar sepak bola, ambil gambar, kahwin artis dan masuk suratkhabar sebab kes kahwin di sempadan. Tugas mereka berat, beb.

Tengoklah The Invictus, sepasukan pemain rugby berjaya menyatukan seluruh penduduk Afrika Selatan dan sekarang mereka menjadi hos bola sepak Piala Dunia 2010.



Kepada pemain bola sepak Malaysia, kau tak akan baca blog ini pun. Buat apa nak bagi ucapan untuk mereka?

PS: Menanglah untuk kami, dan saya sudah memiliki jersi Malaysia yang serba cool-yellowish.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...