Jumaat, Mac 19, 2010

Perasaan membawa duit syiling.

Uiks, kalau aku budak umur 6 tahun, pergi sekolah pulak dapat duit belanja duit seringgit yang warna emas itu (sekarang sudah tiada lagi). Mungkin itulah zaman nak menghargai duit syiling.

Budak sekarang dah pandai predict samada dalam sampul duit raya adalah syiling atau duit kertas.


Antara perangai yang ada pada aku, adalah aku membenci syiling. Bukan nak sombong ke apa. Duit syiling itu berat, nilai sikit, tak banyak benda boleh beli. Kalau nak beli burger McD setelah dicukai yang mempunyai sen-sen itu, pergh segan habis nak keluar longgokan syiling. Aku selalu buat, masa beli Mc Sundae. Peduli apa. Duit aku.


Lepas makan mee kicap, kenalah keluar duit.

Pareng-pareng.
Tong-tong.
Bahagi.


"Kau tak ada duit kecik?"
Aku seluk poket aku, cek dompet aku. Semua not-not besar. Not paling besar satu, not kedua terbesar ada 3.
"Tak ada lah,"
"Bagi duit kau, meh,"

Lepas itu, aku rasa tak sedap hati. Aku tengok kawan aku seluk kocek, dan ada bunyi. Ke-cing, ke-cing.

"Sorry lah, kau amik ni. Budak-budak ni lah. Beli kad telefon dari aku semua bagi duit syiling. Sorry erk,"






Hari itu sungguh biadap. Habis bersepah duit syiling aku atas meja. Aku tak mengamalkan amalan menabung menggunakan tabung berbentuk ayam. Cara menabung aku adalah menggunakan sistem kewangan yang sedia ada, berdasarkan konsep debit dan kredit perbankan. Cara itu lebih baik dari tabung ayam.

Tabung ayam penuh, kena pecahkan. Kena kira, baru boleh bawa pergi bank.

PS: Solusi terhadap duit syiling adalah membaca label harga pada produk itu, dan bayar cukup-cukup.


Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...