Khamis, Mac 18, 2010

Mukus hidung sudah keluar, bunga hendak tumbuh.

"Aku masuk bilik kau asyik tidur je," suara En. Emberg.
"Demam dow,"

Cuaca serba tak menentu. Ini kerja tuhan.
Pagi tadi sejuk melampau. Jalan-jalan ke kelas, ada hujan 56 titik.
Habis kelas, gelap. Aku sudah bawa payung.
Ikut pepatah melayu lah kononnya, sediakan payung sebelum hujan.
Buat nota kelas, tiba-tiba cuaca panas menyuluh tepat ke telinga kanan.
Aku tengok luar, ranting reput berwarna coklat bertiup kanan ke kiri.
Frekuensinya agak tinggi.


Aku sumbat tisu salah satu lubang.

"Argh,"

Inilah situasi yang sentiasa berlaku apabila hendak bertukar musim. Dari musim sejuk ke musim bunga. Bunga hendak mengembang, tapi berapa banyak manusia terpaksa buang mukus-mukus hijau atau putih dari hidung mereka. Aku juga tidak ketinggalan.

Aku tengok TV, sebab sudah habis buat nota. Aku lupa yang tisu tadi masih terpaut pada hidung lagi.

"Kamgi kollyoso?" suara makcik sapu sampah.
"Aaaa,"

'Kamgi jusim 3X, mul mani 3X masyo," pesanan makcik sebelum blah.
(Hati-hati demam nanti, banyakkan minum air)




Mukus hidung masih keluar, bunga pun masih segan-segan hendak tumbuh.


PS: Aku ingatkan skipping senang. Haram, payah rupanya.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...