Khamis, Februari 04, 2010

Loghat Kelantan pun masih tak tahu.

Aku tahu kat negara kita pun ada loghat-loghat yang unik dan gahnya tersendiri. Aku berjumpa ramai kawan-kawan berasal dari Utara, Pantai Timur serta Negeri Sembilan.

Loghat Utara bolehlah faham sikit-sikit. Sebab bagi aku orang dari Utara serius begitu ramah-tamah. Memang sedap untuk bergaul apatah berbual lebat dan kosong. Mereka umpama penglipur lara yang sentiasa ada cerita sahaja.

Lihat entri lepas, aku pernah sebut nama Kong. Dia salah seorang orang Utara.



Semenjak aku kerja ni, aku dikelilingi orang yang berbahasa Korea yang bercampur dialek-dialek disini. Aku belajar bahasa Korea melalui buku teks...di Seoul. Bahasanya dikira umpama bahasa Melayu di Kuala Lumpur.

Bukan yang diselit-selit..."Alo, bro. Dah makan?".

Jadi disebabkan tempat aku bekerja adalah jalan diantara Busan dan Ulsan, aku setiap hari mendengar dialek Ulsan dan Busan.



Mulanya, aku banyak kali tenggelam dalam mendengar apa yang mereka katakan.

Lama-lama, aku bolehlah tangkap sikit-sikit.




Aku cuba curi-curi masa belajar bahasa Sarawak dari cik PP.

PS: Kamek sayang kitak!

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...