Sabtu, Januari 30, 2010

Orang tua

Berkata-kata dengan orang tua (yang berumur lebih 60 gitu), memang memerlukan kesabaran. Kena berhati-hati dengan apa yang bakal keluar dari mulut kita.

Mereka tua macam mana pun, hati mereka masih lembut untuk menerima cacian: mudah terasa.

I'm pregnant right now.

Inilah En.Pire yang mengandung anak kembar 5. Gambar ditangkap ketika kandungannya berusia 4 minggu.



Orang tua bagi aku yang menjengkelkan adalah apabila mereka berlagak tahu tentang setiap cerita pasal setiap inci dunia. Mereka tahu kenapa Amerika menyerang Iraq dan Afghanistan. Mereka tahu peristiwa 13 Mei secara terperinci. Banyak yang mereka tahu, sebab mereka sudah hidup lama. Sudah makan garam lebih dari anak-anak mereka, cucu-cucu mereka.

Mereka juga manusia, ada penyakit lupa.

Bila mereka lupa tentang suatu fakta, jangan dibangkang sangat-sangat sehingga nak menang. Biarkan sahaja orang tua itu meneruskan bicara. Tambah apabila kurang untuk orang tua itu merancakkan cerita. Jangan ambil peranan si orang tua itu sebagai penyampai cerita. Luka kamu cipta.

Banyak kali aku berdepan dengan orang tua yang sudah berpangkat, malah ada memegang tittle Datuk. Cakap mereka, mak ai. Memang menyakitkan hati. Dalam semua benda, mereka adalah betul. Mereka 'un-beatable'. Mereka ada status sendiri dalam masyarakat kita.

Semua yang berlaku, orang muda senyap sahaja. Jangan membantah.



Aku bukan bermaksud hendak meminggirkan orang tua. Pandailah ambil hati mereka.


Aku agak serius seperti baru lepas jumpa orang tua yang menjengkelkan bukan?

A'ah. Ada orang tua marah aku pasal benda yang aku tak tahu, tapi akhirannya dia yang salah sendiri. Maaf pun tidak, maki lagi aku terima.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Judiene berkata...

org tua
kalo yg berperangai cm org muda still bleh dimaafkan
kalo yg blagak cm tahu sume benda dlm dunia
unforgivable
huhuhuhu~~

jijie berkata...

siapa yang memaki kamu tu?
haish~

DandelinoiD berkata...

judiene: rs nak sepak...seryes

jijie: kamu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...