Sabtu, Februari 06, 2010

Lelaki Tangan Lembut

Ini bukan kisah seorang gigolo menjual bontot, cuma cerita tangan seorang lelaki under-graduate dipegang oleh beberapa orang lelaki...tanpa dikenakan sebarang bayaran.


Ni dalam minggu pertama aku berada di kilang membuat penapis minyak untuk dipakai dalam kebanyakan kereta Hyundai. Oh, lupa. Aku belum habis belajar lagi ini adalah sebahagian syarat graduasi.

Aku duduk disalah sudut kilang sambil mendengar beberapa lagu baru yang siap disedut masuk. Selepas beberapa ketika ada dalam 5 pekerja kilang hendak berkenalan dengan aku. Mungkin sebab aku adalah salah seorang orang Malaysia yang pernah bekerja di kilang. Kiranya mereka, seperti biasa tak tahu menahu sangat pasal Malaysia dan ingin tahu bagaimana negara kita yang sebenarnya.

Tourism Malaysia... kamu patut berterima kasih kepada orang macam aku dengan bagi tiket murah ke Malaysia untuk musim panas ini. OK?

Dari kumpulan itu, ada satu sedikit cara hormat iaitu bukan membongkok 45 darjah. Dan dia bersalam dengan menghulurkan tangan. Jadi aku menyambut tangan.

Tangan aku dipegang lama.
Selepas itu, tangan aku diusap-usap dari pergelangan tangan ke hujung jari.

Aku rasa dah 'weird' ketika itu.

Aku dah terbayang-bayang aku bakal dimasukkan ke dalam van hitam dan dilacurkan di mana-mana pusat pelacuran.


Dan...


"Tangan kamu lembut la!. Macam tangan perempuan!" kata lelaki yang hampir separuh abad yang memegang tangan aku.
Bergilir-gilirlah lelaki berlima tadi memegang tangan aku. Cis, aku dah fikir bukan-bukan.

Aku baru tahu, kalau orang Korea yang memiliki tangan seperti aku: tidak kasar dan lembut macam tangan bayi pasti akan berdepan masalah bila berjumpa dengan bakal mak mertua ataupun bapa mertua. Disini mereka fikir lelaki bertangan lembut ni, tak buat kerja, tak rajin, tak guna, duduk rumah je.

Itu tak merisaukan aku pun...

Aku rasa ini anugerah dari Yang Maha Pencipta. Aku pernah juga melakukan kerja di ladang kopi, pernah ada pengalaman menjaga kambing dan arnab, menajak tanah untuk tanam pisang, memegang batang arc, molding panas yang menyebabkan parut hitam di tangan...

Tapi tangan aku masih lembut juga.

Aku tak pakai moisturizer pada tangan pun!





PS: Tangan aku lembut, hati aku lembut ke tak?

Kebosanan mencipta kelainan.

8 ulasan:

MuniMuni berkata...

Apa petua anda? ;)

Judiene berkata...

aku bukan nak cakap la, tapi tangan aku pn lembut gak
wakakakakakakaa!

hotchocolate berkata...

kat malaysia pun sama apa. tp more to perempuan. :P

+faliqfahmie berkata...

ish. i feel you bro.

aku yg kerja jual minyak di syarikat minyak terkemuka negara pun kadang-kadang mengalami nasib berbeza.

cumanya, yang menegur 'tangan awak ni lembut la' biasanya dari para gadis-gadis genit yang mungkin memberi alasan begitu untuk terus memegang tangan aku.

dilema bukan?

+faliqfahmie berkata...

silap. *nasib yang sama

hehi

Ries Lee berkata...

tangan aku pun lembut.
lg teruk sedara mare aku kate bentuk jari tgn aku mcm perempuan.

still lembut walaupun aku pernah wat keje bancuh2 simen n konkrit..

DandelinoiD berkata...

munimuni: basuh tangan lepas makan

judiene: aku rasa blogger lelaki tangan lembut?

hotchoc: maksud kau bapuk?

faliqh: thx bro bg komen, janji kau tak celup tangan dalam minyak sudah...

ries lee: kau pun blogger yang bertangan lembut.

shiitake berkata...

lepas ni panggil anda bro sofhen lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...