Jumaat, Januari 22, 2010

Mula cerewet memilih baju.

Biasalah kan, kalau lelaki beli baju.

Semua nak cepat. Masuk kedai, tunjuk, terus bayar. Sebab itu perempuan bising bila bawa suami/bf ke kawasan membeli belah. Semua nak cepat dan cepat. Situasi ini telah memeningkan CEO atau pegawai pemasaran sesuatu kawasan membeli belah: Membuat keputusan samada hendak meletakkan beberapa sofa, kerusi atau mesin urut bagi golongan lelaki yang berat hendak turut serta membeli belah.

Myeong Dong Street.
Salah satu kawasan membeli belah paling popular di Seoul: Myeong-Dong


Aku pernah diajak oleh kawan perempuan untuk membeli kelengkapan dapur. Ok, aku terima sebab tiada apa hendak dibuat pada hujung minggu. Lagi satu, dia sudah kata barang yang hendak dibeli. Boleh dihitung dalam bilangan jari tangan. Barang yang hendak dibeli tak lebih dari 10-lah maksudnya.

Kalaulah aku, tak sampai 20 minit aku dah boleh penuhkan troli dengan barang yang hendak aku beli.

Aku faham dari perempuan ini adalah sikap yang suka belek-membelek walaupun tiada niat hendak dibeli. Benda yang tak sepatutnya belek pun dia belek. Dari 20 minit (dalam jangkaan aku), lebih sejam sudah tapi barang yang hendak dibeli masih belum dicari kesemuanya. Bukan golongan perempuan berumur 20-an sahaja yang berperilaku begitu malah untuk setiap lapisan umur.

Budak bawah umur (belasan tahun) nak beli pen magik, itupun siap belek dan test semua pen dalam kedai.
Dalam tempoh itu, aku dah balik rumah melukis dengan pen magik itu.

20-an, lagilah banyak keperluannya. Hendak kesitu, kesini. Masuk gedung itu, gedung ini. Tapi keluar, kosong.
Itulah adalah perkara biasa untuk yang hendak memahami.

Lagi berumur lagilah aktiviti membeleknya.
Aku boleh kejang kaki kalau temankan nenek aku untuk membeli kain tudung.



Tapi ada kebaikannya berbuat begitu, serius. Percayalah kat aku.

Walaupun aku hanya hendak membeli jeans semi-fit hanya sehelai, aku boleh habiskan masa 3 jam untuk melihat kesemua kedai-kedai yang ada. Tapi bila pakai, dicampur dengan keselesaan, jeans itu adalah yang terbaik. Begitulah dengan baju, dan kesemua pakaian mahupun gadget-gadget.

Ambillah masa untuk mencari kepuasan.

Aku kalau nak ajak orang berjalan-jalan pun tanya orang itu samada betul-betul free ke tidak. Sebab sekarang aku ambil masa lama untuk keluar dari satu pusat pakaian terpakai sekalipun.

PS: Jeans lusuh 505, aku hanya mampu beli yang terpakai. Janji bukan Siam.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

perantau berkata...

keji sangat ke barang siam?

DandelinoiD berkata...

tak keji pijun. cuma tak puas memakai untuk tempoh 3 tahun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...