Sabtu, Januari 02, 2010

Ada kah aku seperti dahulu?

Jawapannya, tiada.

Mana ada aku sama dengan 3 tahun lepas? Aku tak kenal apa itu threesome ketika kecil. Pernah aku sebut didepan khalayak ramai, terhadap 3 minah yang selalu berkepit. Aku cakap lepas, "Eh, threesome!". Sekarang, perlu berhati-hati dengan apa yang bakal dikatakan. Nanti ada orang ingat, aku lupa salasilah aku ni orang Melayu.

Crazier than usual.

Korek gambar lama. Aku tak meraung kerana lapar, ok.


Aku pun tak tahu yang aku ni sudah berubah ataupun tidak. Aku mempunyai fikiran yang aku masih sama. Tapi itu bohong belaka. Hari ini aku kenal A, B, C. Esok aku kenal D, E dan F. Kan lain hari semalam dan esok. Memang bosan kalau asyik duduk di tempat sama, sepanjang masa, sepanjang tahun. Kamu pun tahu, kebosanan mencipta kelainan.

Esok aku akan berubah lagi. Misai akan bertambah 0.001mm. Juga tahi telinga akan bertambah. Hari ini, esok, lusa, 3 hari mendatang memang akan jadi lain. Itu fizikal. Memang senang nak lihat perubahan.

Perangai?

Aku tak berani nak hakimi diri sendiri. Cuma aku sekarang lebih berkeyakinan untuk lakukan suatu.

Aku banyak cerita pasal wanita awal-awal menulis blog ini. Lebih itu aku ke skop yang lebih luas. Pasal isu itu, ini. Ada pembaca kata, aku berubah dewasa dengan banyak menulis benda bukan-bukan. Lepas tempoh belajar disini, aku akan bertemu alam baru. Asing. Agak kurang serasi sedikit, barangkali. Dalam usia remaja, aku dah duduk sini.

Agak keterlaluan kalau aku cakap, in fuckin 5 years.

Tapi takkan aku cakap yang dalam hampir 5 tahun ini, aku buat segala aktiviti yang serba-serbi 'fuckin'?

Ho.



Aku tengah gemuruh menanti keputusan peperiksaan lepas, Harap-harap tidak merencatkan segalanya.

Adoi.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

zach berkata...

aku lebih suka ko yang sekarang. kenapa ek? mungkin sebab sekarang baru aku tahu ko dah macam aku versi lelaki. haha, cuma aku tak ada kamera canggih dan aku masih di Malaysia. oh, tak lupa jugak, aku tak pernah ada stalker. =P

(baru hari ni rasa nak komen semula.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...