Selasa, Januari 05, 2010

Kegilaan mengemas tanpa sedar.

Guling ke kanan, guling ke kiri.

Fenomena hari minggu. Kalau tidak di bawah selimut, pasti sudah meredah cuaca sejuk. Melakukan apa saja, janji hilang kebosanan dan lari daripada kesukaran sementara waktu.

Nothing.

Serabut.


Jam 4 petang.

Niat hendak menyepak-nyepak. Batal niat. Baru sahaja mencari stoking panjang, cahaya matahari sudah segan hendak memancar. Hampir memasuki fasa malam. Tidak! Hari minggu bakal menjadi separuh.

Jam 8 malam.

Hujung minggu, biasanya disulami aktiviti buang masa. Makan kwaja, duduk melangut melayan lawak-lawak Russel Peters, karenah Jeremy Clarkson, Richard Haymond dan James May. Habisnya waktu untuk mereka, datang kembali seperti awal pagi tadi.

Golek kanan, golek kiri,

Hari itu, rumet aku tanya nak buat apa nak hilang bosan. Aku jawab tanpa intensi yang benar, sekadar untuk main-main saja. "Kau pergilah lipat baju ke, sidai kain, kemas loker, bla, bla, bla..." Pokoknya, semua tentang kemas.

Aku buat apa yang pernah aku suruh. Aku geledah almari aku. Aku keluarkan segala barang yang ada dalam almari aku. Dari topi yang pelbagai variasi hingga ke stoking yang mempunyai kaler-kaler. Habis semua bertaburan di atas katil. Baju yang siap dilipat aku buka kembali. Mulakan dari sifar.

Lipat baju, lipat seluar. Sangkut tali leher, sangkut baju.

Setiap kali aku terjumpa baju yang jarang dipakai, aku mengadakan pakaian beragam. Sekejap tadi, aku cuba berpakaian seperti hendak ke berjumpa pegawai besar (atas sampai bawah hitam, kecuali baju kameja). Lepas tu cuba menjadi ala-ala budak 'Yo!'. (Seluar half-baggy, baju besar gampang 2 tahun lalu, topi bola lisut). Lepas itu cuba semula memakai jubah coklat, tapi dengan topi ala-ala Bob Marley. Lepas itu, aku nyanyi depan cermin, "No women, no cry...no no no...". Dan banyak lagi...

Baju aku sudah berlipat. Semuanya mengambil masa hampir 2 jam.

Dan, apa aku buat memang merisaukan rumet aku. Sambil geleng kepala, "Kau ni gi lah cari perempuan,".

Cari perempuan untuk lipat baju aku?

Perlu ker? Tak, aku boleh buat sendiri, OK!

PS: Aku faham saranan kawan aku tu. Aku masih simpan ruang kosong hati aku untuk seseorang.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...