Khamis, Januari 07, 2010

Masih rindu pada dia.

Memang seronok hidup berkelana, beb.

Tak payah nak feras (frust) menonggeng dalam selimut. Selama ini aku tidur dengan lena dan aman dalam selimut. Mimpi pun, mimpi-mimpi yang seronok. Jadi ketua makhluk asing, memandu Nissan GTR atau terbang menggunakan suit seperti dalam filem Star Trek. Aku juga pernah mimpi jadi werewolf, sebab aku mahu gigit Bella. Bodoh.

Slipper! Again and again...

Sebab apa makan tak kenyang? Sebab kau makan selipar!


Memang sekarang ramai cuba nak berkomunikasi dengan aku: dengan apa cara. Samada talian telefon, khidmat pesanan ringkas mahupun ruangan sembang di MukaBuku. Tapi, aku tak ada minat nak teruskan perbualan andaikata ianya berkenaan hati dan perasaan.

Pelik sekali. Apabila seorang lelaki yang jarang diketemui, menelefon aku dari jauh semata-mata ingin bercerita tentang kehidupan seharian, dan kisah hati dan perasaan (bukan kamu, Prebet).

Tapi, apabila ada orang yang tak disangka-sangka menyapa kamu dan mahu bertanya tentang aku: bagaimana? bila? siapa?. Aku rasa aku masih ada harapan.

Aish.



Maaflah kepada pembaca sekalian. Ini episod duka dan suka yang teramat geli untuk aku meneruskan sesi menaip.

Sampai di sini saja.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

ainonymous berkata...

hmmm..kebelakangan ini, entri kamu lebih menjurus pada perasaan..

MuniMuni berkata...

hmm.dekatkan diri pd tuhan.Dia punya jawapan. :)

Ries Lee berkata...

geli la aku nak gigit bella tu.
dah la tak cun.

jijie berkata...

saham tengah naik ke adib?
ada orang kata bella tak cun...
takde maknanya gigit bella..huhu

Judiene berkata...

oir bro
lama suda aku tak jenguk ko
uhuhuhu
ape ni bro, cmon chill
pape pn, aku wish ko all da best thn baru neh
be strong
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...